Gu Won (Lee Jun-ho) dalam drama siri King The Land merupakan seorang pewaris kepada syarikat chaebol yang sangat berpengaruh iaitu King Group yang terlibat dengan beberapa bidang cabang perniagaan yang berjaya di Korea Selatan.
Sebagai chaebol yang kaya raya dan berpengaruh, tentu sahaja hidupnya seperti putera kayangan dan dipenuhi dengan berbagai-bagai kemudahan mewah yang menjadi impian ramai orang, tanpa kekurangan satu apa pun, hidupnya adalah dambaan jutaan manusia di dunia ini.
Namun, hidupnya tidaklah bahagia seperti bayangan orang lain. Kaya tidak semestinya bahagia, harta, pangkat dan darjat tidak menjamin ketenangan hati. Gi Won juga mempunyai beberapa nasib malang dalam hidupnya yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Berikut ini merupakan tujuh nasib malang Gu Won dalam drama siri terbaru Netflix King The Land, jom sama-sama kita lihat!
1. Sejak kecil lagi, dia tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang ibu. Gu Won dan ibunya telah dipisahkan oleh ayahnya
2. Gu Won tidak pernah mengetahui apa-apa mengenai ibunya. Dia tidak pernah mendapat informasi tentang ibunya. Ayahnya sangat merahsiakan fakta tentang ibunya tersebut
3. Sampailah usianya menjengah dewasa, Gu Won tetap dilarang untuk mengungkit atau bertanya tentang ibunya
4. Ayahnya mendidiknya dengan sangat keras dan tegas, dia dilatih untuk bekerja dengan serius tanpa memikirkan cinta dan kesenangan lain hidupnya. Tujuan hidupnya hanyalah untuk bekerja dan bukannya bersuka ria
5. Saudara tirinya sangat kejam dan berniat jahat kepadanya, saudara tirinya itu seringkali menimbulkan konflik dalam hubungan Gu Won dan ayahnya
6. Saudara tirinya itu sanggup meminta Gu Won untuk hanya berada di luar rumah kerana dia merasa sangat terganggu dengan kehadiran Gu Won di rumah
7. Saudara tirinya yang kejam itu juga selalu memandang rendah dan tidak mempercayai kemampuan Gu Won dan melakukan tindakan yang membuatnya terkesan secara buruk
Hidup yang dijalani oleh Gu Won dalam drama siri King the Land sangat hebat dan berat sekali. Gi Won telah berusaha menahan segala kesakitan selama ini kerana tidak ingin wujudnya sebarang kekecohan dan kekacauan. Semoga Gu Won cepat-cepat mendapat kebahagiaan dalam hidupnya ya!
Baca lagi: King The Land: 7 Sikap Positif Cheon Sa Rang
Baca juga: 8 Watak Kdrama 2023, Mengalami Kemalangan Tragik