Home Entertainment King The Land – 7 Perjalanan karier Cheon Sa Rang

King The Land – 7 Perjalanan karier Cheon Sa Rang

0

Cheon Sa Rang (Im Yoon-ah SNSD) dalam drama siri King the Land dikisahkan bekerja di sebuah hotel yang dia impikan sejak kecil lagi.

Saat menjalani kerjayanya sebagai hotelier, Cheon Sa Rang menunjukkan cara kerja yang sangat baik, hingga ketua-ketuanya di hotel tersebut begitu menyukainya.

Pada awalnya, jawatannya di hotel tersebut hanyalah sebagai seorang pekerja biasa. Namun, setelah beberapa tahun kemudian, dia berjaya mendapat satu jawatan yang lebih tinggi. Dia bahkan ditempatkan di bahagian perkhidmatan tetamu kelas atasan (VVIP) di King Hotel yang diberi nama King the Land.

Bagaimanakah perjalanan karier Cheon Sa Rang hingga dapat mencapai jawatan yang sebelum ini tidak pernah disangka-sangka olehnya? Jom sama-sama kita lihat, fakta perjalanan karier Cheon Sa Rang seperti berikut ini!

a8a7ba97 9416 4ab3 a4d9 937e5182246b

1. Cheon Sa Rang pada awalnya memohon kerja di King The Land hanya bermodalkan niat dan tekad yang kuat sahaja. Semuanya adalah kerana kelayakan pendidikannya yang rendah

a4480308 c216 4701 85a1 33dd61f79dee 12. Namun, secara tidak sengaja namanya lulus ke tahap proses temuduga. Semuanya terpikat dengan senyumannya tulus dan sikapnya yang baik, makan Cheon Sa Rang akhirnya lulus temuduga dan mendapat pekerjaan yang diidamkan

4fbca4fa d1da 427f 9f97 00f6d2e99ed83. Pada awalnya, Cheon Sa Rang hanya bekerja sebagai pekerja biasa. Dia turut ditugaskan untuk membersihkan setiap bahagian di ruangan hotel

f3677cbc 4f04 446f b66d 10ff3d2cd9fe4. Namun, hasil kemampuannya yang sangat baik dalam mempelajari prosedur, Cheon Sa Rang akhirnya di tempatkan di lobi hotel

901666ad b9e9 4f23 a8c6 3684c2ff0e2e5. Sewaktu bekerja di lobi, dia menunjukkan semangat yang luar biasa dan sangat ramah terhadap semua tetamu. Dia seringkali mendapat gelaran sebagai pekerja terbaik

a0b4a0c3 b140 408b b3d7 eb46297ae3e66. Sewaktu melakukan video promosi syarikat, Cheon Sa Rang juga mampu menjalankan tugasnya dengan baik hingga membuat pemilik hotel terkesan dan menyukainya

King the land7. Melihat prestasi kerja Cheon Sa Rang yang sangat baik, akhirnya pemilik hotel menempatkannya di bahagian paling atas untuk service pelanggan kelas atasan (VVIP), King the Land

Tidaklah mudah bagi Cheon Sa Rang mencapai posisinya sekarang. Cheon Sa Rang selalu menghadapi berbagai-bagai kesukaran dan masalah yang ditimbulkan oleh para tetamu yang datang ke hotel. Namun, Cheon Sa Rang tetap sabar menghadapi mereka mengikut aturan dan prosedur hotel. Pasti dengan jawatannya yang sekarang, Cheon Sa Rang akan mendapat ujian yang lebih berat bukan?

Baca lagi: “King the Land’, menduduki No.1 dalam siri bukan Inggeris yang paling banyak ditonton
Baca juga: 7 Filem ”Pengusiran Syaitan” Menarik Bagi Peminat Genre Mistik