Home Entertainment King The Land: 7 Sikap Positif Cheon Sa Rang

King The Land: 7 Sikap Positif Cheon Sa Rang

0

Cheon Sa Rang (Im Yoon-ah) dalam drama siri King The Land adalah watak seorang pekerja contoh yang sering mendapatkan penghargaan sebagai pekerja terbaik di hotel tempatnya bekerja. Ketua di hotel tempatnya bekerja begitu menyukai keterampilan dan tenaga yang ditonjolkan dan dimilikinya.

IMG 3657Cheon Sa Rang memang layak mendapat penghargaan kerana cara dan gerak kerjayanya yang sangat bagus. Selain itu, Cheon Sa Rang juga mempunyai sangat banyak sikap positif sehingga memberi kesan yang baik kepada pekerjaannya.

Berikut ini merupakan tujuh sikap positif Cheon Sa Rang dalam drama siri menarik King The Land! Jom sama-sama kita lihat:

IMG 36531. Cheon Sa Rang adalah orang yang pantang menyerah dan tidak akan mengalah. Sewaktu memohon pekerjaan di hotel yang mensyaratkan lulusan S1, dia tetap mahu mencuba walaupun dia hanya lulusan D2

IMG 3655

2. Cheon Sa Ran tetap konsisten dengan impiannya sejak kecil dan dengan sangat serius mengusahakannya sehingga akhirnya gadis ini benar-benar berjaya bekerja di King The Land

901666ad b9e9 4f23 a8c6 3684c2ff0e2e3. Sewaktu bekerja, dia benar-benar menjalankan tugasnya bersungguh-sungguh dan sepenuh hati tanpa mengeluh tentang apa-apa pun

a0b4a0c3 b140 408b b3d7 eb46297ae3e6 14. Dia juga bersikap sangat ramah terhadap semua tetamu di hotel tersebut dan menjalankan pekerjaannya sesuai dengan setiap prosedur hotel

813cbc72 23eb 4700 b1dd f4d500dcd0635. Cheon Sa Rang mampu tenang saat menghadapi masalah sehingga jika ada keluhan dan aduan dari para tetamu, dia dapat selesaikan segalanya dengan baik

IMG 36496. Cheon Sa Rang memiliki tahap keyakinan diri yang baik dan sangat tinggi. Gadis yang sangat komited ini mampu tampil dan berbicara dengan baik di hadapan ramai orang

King the land

7. Cheon Sa Rang juga mempunyai jati dan harga diri yang tinggi. Saat dilecehkan dan diherdik oleh beberapa orang tetamu yang sombong, dia tidak segan-segan untuk berdepan dengan tetamu yang bertindak buruk terhadapnya

Sikap positif seperti yang dimiliki oleh Sa Rang sangatlah bagus untuk diterapkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan begitu, perkara-perkara lain dalam kehidupan kita juga akan menjadi lebih baik. Semoga kita boleh mencontohi sikapnya ya!

Baca lagi: Watak Yoona SNSD dalam “King The Land”
Baca juga: 10 Filem dan Kdrama Tentang Perjuangan Bapa, Pasti Mengundang Emosi