Musim kedua drama siri Korea Selatan iaitu Arthdal Chronicles lebih tertumpu kepada Aramun Haesulla.
Tidak perlu dipersoalkan kerana tajuk Kdrama ini untuk musim kedua adalah The Sword of Aramun. Kebenaran tentang kelahiran semula Aramun Haesulla setelah kedatangan pertamanya 200 tahun yang lalu meninggalkan banyak persoalan.
Sebelum ini, Tagon (Jang Dong-gun) telah dianggap sebagai kelahiran semulanya oleh para penduduk sejak dia berpura-pura dirasuk Aramun pada upacara pemakaman ayahnya, Sanung (Kim Eui Sung). Namun, kejadian itu hanyalah tipu daya Tagon. Masih ramai yang yakin bahawa Eun Seom (Lee Joon Gi) adalah kelahiran semula Aramun yang asli.
Jom sama-sama kita lihat legenda dan kisah sebenar Aramun Haesulla dalam cerita drama siri Arthdal Chronicles. Lihat penjelasannya berikut ini!
1. Aramun Haesulla adalah putera Airuju dan utusan Asa Sin
Asa Sin merupakan keturunan klan Asa dari suku Gunung Putih yang mempunyai kuasa psikik. Asa Sin yang masih muda pada suatu ketika pernah melarikan diri dari Arthdal bersama kekasihnya, Risan. Dia meninggalkan tugasnya sebagai calon pimpinan. Namun, Risan meninggal di usia muda kerana sakit.
Asa Sin sedar akan kesalahannya setelah mendengar khabar bahawa kampung halamannya, Arthdal, sedang dilanda kekacauan. Dia masuk ke gua dan berdoa selama 88 hari dengan berlinangan air mata. Dewa Airuju menjawab doa Asa Sin dan menurunkan puteranya, Aramun Haesulla ke dunia. Setelah menerima beberapa ajaran Asa Sin, Aramun diutus untuk pergi ke Arthdal. Dia berjaya menyatukan banyak suku dan mendirikan Arthdal.
2. Mempunyai dua wajah dan dua suara
Terdapat dua benda yang melekat dengan Aramun Haesulla, iaitu palu angin dan bunga kamperfuli. Sejalan dengan itu, Aramun Haesulla disebut mempunyai dua wajah dan dua suara. Aramun dengan kejam menghapuskan sesiapa sahaja yang melawannya dengan palu angin. Namun, dia juga merangkul orang-orang yang menyokongnya dan memberi mereka bunga kamperfuli. Dua benda tersebut mewakili dua suara dan dua wajah Aramun Haesulla.
3. Telah mengumumkan kemunculan kali kedua ke Arthdal
Aramun kemudian dihormati sebagai salah satu dari lapan dewa di Arthdal sebagai Dewa Perang dan Kemenangan. Aramun yang agung ini juga telah mengumumkan kemunculan kali kedua di masa depan. Aramun menyebut bahawa dia akan datang dengan mengendarai kudanya, Kanmoreu.
Namun, tidak ada yang tahu bagaimana dan bilakah kelahiran semula Aramun akan tiba. Oleh kerana itu, selama bertahun-tahun, ramai yang mengaku sebagai jelamaan Aramun. Kekacauan selalu terjadi setiap kali ada yang mendakwa diri mereka sebagai jelmaan Aramun tanpa sebab yang jelas.
4. Menurut kisahnya, Aramun Haesulla dibunuh oleh klan Asa
Warga Arthdal yakin bahawa Aramun telah naik ke syurga selepas meramalkan kehadirannya untuk kali kedua ke Arthdal. Namun, kejadian itu tidaklah benar. Aramun sebenarnya dibunuh oleh klan Asa yang merasa terancam dengan ajarannya, terutamanya kerana dia ingin merangkul dan membawa kaum Neanthal untuk bergabung dengan Arthdal.
Klan Asa menyebarkan ajaran bahawa kaum Neanthal dan Igutu adalah makhluk yang kotor dan menyeramkan. Perkara itu dikuatkan lagi dengan ketakutan klan Asa terhadap pandangan penduduk tentang kebolehan spiritual mereka. klan Asa yang kini bukan keturunan sebenar dewa tidak boleh bermimpi, sementara kaum Neanthal dan Igutu boleh bermimpi tanpa perlu berusaha keras.
Klan Asa yang telah ditinggalkan oleh Asa Sin itu menyembunyikan fakta bahawa Aramun yang mereka bunuh adalah Igutu. Namun, ada seorang juru tulis yang melihat kejadian tersebut. Melalui juru tulis itulah kebenaran berkaitan Aramun dan ajaran asli Asa Sin masih dilestarikan hingga terbentuk kumpulan Jantung Gunung Puncak Putih.
5. Peninggalan Aramun Haesulla di Batu Besar Gochiju
Selepas Aramun mendirikan Arthdal, disebut bahawa dia mengukir jari jemari pada Batu Besar Gochiju. Batu itu terletak di sebelah patung Aramun Haesulla yang kerap kelihatan di beberapa adegan. Namun, ukiran jemari jemari tersebut masih menjadi misteri. Suku Hae datang dari negara bernama Remus menuju Arthdal kerana ukiran jari jemari tersebut. Mereka merasa ukiran itu mirip dengan simbol kelompok yang tidak dikenali yang menghancurkan negara mereka.
Suku Hae mempunyai misi turun-temurun untuk mencari kebenaran tentang simbol tersebut. Sementara itu, misteri berkaitan ukiran jemari sepertinya bakal terungkap dalam Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun. Kumpulan yang terdiri dari kaum Igutu datang dan memakai gelang dengan simbol mirip ukiran jari jemari di Batu Besar Gochiju.