Home Entertainment Kisah Benar Menyeramkan Di Sebalik Filem Orphan

Kisah Benar Menyeramkan Di Sebalik Filem Orphan

0
807F7B37 E8DC 4848 A61B 15B27DE41B4BORPHAN sebuah filem seram thriler 2009 buah tangan dari Jaume Collet-Serra mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mengambil anak angkat namun mengalami tragedi mengerikan apabila semuanya tidak seperti yang disangka.
Filem ini mengfokuskan kepada pasangan suami isteri bernama Kate dan John yang mengambil anak angkat seorang gadis berusia 9 tahun bernama Esther dari rumah anak yatim. Namun apa yang mereka tidak sedar disebalik daya tarikan awal Esther, adalah niat jahat terhadap seluruh keluarga mereka.

81715A6C DF82 4D38 8EB2 1BF0688F762F

Esther ternyata seorang pembunuh berusia 33 tahun dengan gangguan hormon yang jarang berlaku sehingga membantutkan pertumbuhan fizikalnya, dan akhirnya cuba membunuh ahli keluarga baharunya .
Kejayaan filem itu akhirnya membawa kepada sekuel 13 tahun kemudian bertajuk Orphan: First Kill yang telah ditayangkan pada Ogos 2022.

6576388A AB45 4646 AFE9 EABDD990483D

Pada awal tayangannya, filem seram psikologi itu telah menerima pelbagai ulasan dari yang positif hinggalah negatif. Walau bagaimanapun, semua penonton bersetuju bahawa persembahan dari Isabelle Fuhrman sebagai Esther, anak yatim misteri sememangnya sangat mencengkam dan menghantui sesiapa sahaja dengan lakonan luar biasanya itu.

D59BC52E 6E16 41ED 93D2 70CE8B50E2A3

Namun, tahukah anda bahawa filem “Orphan” ini sebenarnya diambil dari KISAH NYATA yang paling menyeramkan dan menyayat hati pernah berlaku di Czechia pada tahun 2007?

Hakikatnya watak dalam Esther yang dilakonkan oleh Isabelle Fuhrman ternyata berdasarkan kisah kehidupan sebenar Barbora Skrlová yang kini berusia 33 tahun.

EC7FD503 3CC8 45A4 BCCB E616657E42B2

Kisah Barbara Skrlová bermula pada 2007, apabila seorang lelaki berpindah ke rumah baharu di Republik Czech dan membeli monitor bayi supaya dia dapat mengawasi anaknya semasa dia tidur.
Pada suatu hari, monitor bayi lelaki itu tidak berfungsi dan peranti itu merakam imej dari kamera di rumah yang berbeza. Ini kerana lelaki itu telah membeli model monitor yang sama dibeli oleh Barbora dimana Barbara telah memasang ia di ruang bawah rumah dan isyarat yang lelaki itu dapat adalah dari ruang bawah tanah rumah milik jirannya itu.
Saat itu dia merasa terganggu apabila melihat tiga wanita sedang menyiksa dua budak lelaki. Lelaki itu kemudian menelefon polis, pemilik rumah itu adalah dua beradik Klara dan Katerina Maureova.
Kedua beradik ini kemudian menerima kunjungan polis dan membenarkan polis masuk ke dalam rumah. Namun untuk seketika, mereka mula menjadi panik dan susah hati apabila polis cuba memasuki bilik di ruang bawah tanah rumah mereka.
Akhirnya, polis mendapat akses ke bilik itu dan mereka merasa terkejut dengan situasi dan pemandangan dalam bilik itu. Mereka menemukan dua budak lelaki di dalam sangkar besi dengan luka yang mengerikan, seorang tidak sedarkan diri dan seorang lagi dalam keadaan trauma. Biliknya pula berbau darah dan air kencing.
Di bilik bawah tanah itu, pegawai juga menemukan seorang gadis berusia 12 tahun bernama Anika yang sedang menangis teresak-esak dan mengatakan dia adalah anak angkat Klara.
Bagaimanapun, Anika terus menghilangkan diri sejurus polis membenarkan dia keluar dari rumah.
Ternyata setelah diselidik Anika sebenarnya adalah Barbora Skrlová yang berusia 33 tahun, yang pernah bertemu Klara dan Katerina di universiti dan meyakinkan adik-beradik perempuan itu untuk membenarkannya berpindah ke rumah mereka.
Kesempatan ini diambil oleh Barbara kerana menyedari kedua-dua Klara dan Katerina mengalami masalah kesihatan mental dan mempunyai kepercayaan agama yang kuat.

127714CF 0AC1 4A4C 93EB 300AE7272047

Barbora berjaya meyakinkan Klara dan Katerina untuk menyertai kultus yang disebut sebagai Grail Movement, diasaskan oleh Messiah Oskar Ernst Bernhardt yang mengaku dirinya sendiri mempunyai kecenderungan terhadap keganasan.
Dibawah pengaruh Barbora dan Grail Movement, Klara dan Katerina akhirnya menyiksa anak lelaki Klara yang masih kecil. Ondrej berusia lapan tahun dan Jakub berusia 10 tahun dimana mereka disebat, cubaan melemaskan dan penderaan seksual.

BB1AE470 72C2 40EA A71B 877EFAECFD59

Selama setahun dan atas arahan Barbora, Klara dan kakaknya bukan sekadar menyiksa, memukul, tetapi juga membakar dan meninggalkan kanak-kanak itu tanpa makanan.
Ketika perbicaraan dijalankan untuk kes Klara dan Katerina pada 2008, mahkamah juga mendengar bahawa wanita itu telah menyiat sebahagian tubuh Ondrej dengan pisau dan memakan dagingnya.

CC89BE24 AC00 4B60 BDE1 4FDA5045D9BA BCAD19C2 989A 4623 B30D CCF6A8CA38F7

Apa yang terjadi kepada Barbora setelah dia menghilangkan diri?

Barbora yang memperdaya polis dan menyamar sebagai Anita telah melarikan diri ke Norway dalam usaha untuk mengelak dari pertuduhan penderaan kanak-kanak, dan setiba di sana dia menyamar sebagai budak lelaki berusia 13 tahun bernama Adam.
Di sana dia menggemukkan dirinya, memotong rambut dan berpura-pura menjadi budak berusia 13 tahun.

BCE86707 A2D6 4835 BFC2 7B88D6FABDCA

Sepasang suami isteri warga Norway akhirnya mengambil Barbora sebagai anak angkat, mereka percaya dia adalah seorang anak gelandangan, dan selama hampir setahun dia memperdaya polis, pekerja di pusat penjagaan kanak-kanak dan guru di Norway, malah bersekolah di sekolah Oslo.

88610681 D106 457F B0EE 5FCCFBDF7D5F

Pihak sekolah tidak lama kemudian mula menyedari kelakuan aneh Adam dan melaporkannya kepada polis di bandar Artik Tromsoe, tempat Barbora ditahan.
Pihak berkuasa dan penyiasat Czech meluangkan masa berbulan-bulan untuk menyelidiki masa lalu Skrlova, dan mereka mendapati bahawa ini bukan kali pertama Barbora menipu dan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai jenayah penipuan kekerasan psikologi.

12202346 3C8F 4CC3 8E2A 546D200812D4

Dia akhirnya dijatuhi hukuman penjara lima tahun sahaja selepas menjalani pemeriksaan psikiatri. Barbora dibebaskan dari penjara pada tahun 2011 dan sejak itu dia hilang tanpa jejak.
Manakala Klara dan kakaknya dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 2 kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital tetapi salah seorang meninggal dunia dan seorang lagi tinggal bersama bapa mereka.

4931925C 93F4 4403 A3F5 1CDFEF1FB94F

Baca Lagi: Rani Mukherjee Berlakon Dalam Filem Yang Diambil Dari Kisah Benar
Baca Juga: Kisah Kehidupan Dan Tragedi Di Sebalik “American Sniper”