Boleh dikatakan Kdrama siri dari negara Korea Selatan sudah berjaya membina tapak yang kukuh dalam dunia seni lakon dan juga kini mempunyai pengikut tersendiri dari serata dunia. Drama-drama siri dari Korea Selatan kian mendapat hati di hati para penonton seluruh dunia dan nampaknya semakin lama semakin banyak mendapat perhatian masyarakat dunia kerana kisah-kisah yang ditawarkan dalam drama-drama Korea kebanyakannya adalah sangat menarik.
Bukan hanya menampilkan plot twist yang sangat mengejutkan dan diluar kotak pemikiran, ternyata ada beberapa buah kdrama siri yang berani mengarang jalan cerita dengan mematikan watak utama dalam drama-drama yang disajikan.
Paling terbaru adalah drama siri My Happy Ending yang menyaksikan watak utama dimatikan di pertengahan cerita. Selain itu ada lagi drama siri yang lain yang membawa plot cerita tentang watak utama yang meninggal dunia. Berikut ini adalah senarai drama-drama tersebut.
1. Hae Soo dalam kdrama siri Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo diceritakan meninggal dunia selepas melahirkan anaknya sebelum akhirnya kembali ke masa kini
2. Membariskan banyak pelakon utama, drama Death’s Game menampilkan banyak kematian watak-watak utama di setiap episod
3. Son Ho Jun yang membawa watak sebagai Bong Dong Jin dalam The First Responders 2 juga mati dalam drama tersebut sehingga membuatkan ramai penonton patah hati
4. Drama siri My Happy Ending juga menyaksikan watak Heo Soon Young yang dibawa oleh Son Ho Jun meninggal dunia di tengah-tengah cerita
5. Pernah membuat penonton menangis dan berhati lara, watak Na Wang Sik yang dibawa oleh Choi Jin Hyuk dalam The Last Empress ini juga mati kerana mengorbankan dirinya dengan meletupkan bom
6. Watak Jung Jinman diceritakan meninggal dunia sejak awal tayangan kdrama A Shop For Killers yang membuatkan ramai peminat dan penonton patah hati
7. Night Has Come juga berjaya membuatkan netizen sedih apabila watak Kim Jun Hee mati, walau akhirnya kembali hidup kerana diselamatkan oleh doktor
Walaupun watak-watak utama ini mati di permulaan, di tengah-tengah dan juga di penghujung cerita, ternyata kisah yang disajikan dalam setiap Kdrama tetap menarik bukan?