Sangat ramai pelakon lelaki terkenal Bollywood yang mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen dan model terkenal, salah seorang daripada mereka adalah Anil Kapoor
Pereka fesyen dan juga model ternama yang berjaya mencuri hati Anil Kapoor adalah Sunita Kapoor.
Sebut sahaja nama Anil Kapoor, para peminat filem Bollywood di seluruh dunia pasti mengenali nama besar ini. Anil Kapoor dilahirkan pada 24 Disember 1956 dan dia ialah pelakon India dan penerbit yang muncul terutamanya dalam filem Bollywood.
Dia memenangi Filmfare Best Supporting Actor Award untuk peranannya dalam filem Yash Chopra, Mashaal (1984). Manakala isterinya iaitu Sunita Kapoor adalah seorang pereka fesyen dan merupakan ikon yang terkenal dalam bidang peragaan dan dunia model. Sunita Kapoor dilahirkan pada 25 Januari 1965 dan kini sedang meniti usia 58 tahun.
Pada 19 Mei 2023, Anil Kapoor dan Sunita Kapoor telah meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-39. Sebenarnya hubungan mereka pernah dihalang dan tidak mendapat restu orang tua, Anil dan Sunita kini menjadi salah satu pasangan paling harmoni di Bollywood.
Berikut merupakan beberapa gambar dan fakta menarik mengenai pasangan romantik ini:
1. Anil Kapoor pertama kali mengenali Sunita setelah rakannya memberikan nombor telefon Sunita kepadanya untuk membuat panggilan ‘prank’ (olok-olok)
2. Setelah panggilan ‘prank’ itu, Anil Kapoor dan Sunita jadi semakin dekat dan rapat. Kedua-duanya selalu bertemu pada waktu lapang dan kadang kala ketika masing-masing sedang bekerja
3. Merasa sudah saling mengenali dengan baik dan selesa bersama, Anil Kapoor mengajak Sunita untuk menjalin hubungan romantik dan keluar berjanji temu (dating). Hubungan istimewa mereka terjalin selama 10 tahun
4. Anil Kapoor rasa sangat bersyukur kerana Sunita selalu memberinya sokongan, lebih-lebih lagi pada waktu itu dia baru sahaja mulakan kerjayanya sebagai pelakon di Bollywood
5. Sunita yang pada saat itu merupakan model terkenal selalu meluangkan waktu untuk menemui Anil Kapoor
6. Ayah Sunita yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya pada waktu itu tidak merestui hubungan anaknya dengan Anil Kapoor karena pelakon itu belum mempunyai pendapatan tetap dan hidupnya sebagai artis belum lagi bersinar
7. Setelah mendapat restu, Anil Kapoor telah mendirikan rumah tangga dengan Sunita pada 19 Mei 1984. Perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh sepuluh orang ahli keluarga terdekat sahaja
8. Anil Kapoor dan Sunita dikurniakan tiga orang anak yang turut terjun ke dunia Bollywood. Mereka ialah Sonam Kapoor, Harsh Varrdhan, dan Rhea Kapoor
Perkahwinan Anil Kapoor dan Sunita Kapoor yang sudah berlangsung selama 39 tahun ini tidak pernah dinodai dengan gosip liar dan kotor. Keharmonian rumah tangga pasangan Anil Kapoor dan Sunita Kapoor membuatkan mereka digelar sebagai salah satu pasangan paling serasi di Bollywood. Semoga hubungan Anil Kapoor Sunita disulami kebahagiaan selalu!
Baca Lagi: 5 Artis Korea Ini Adalah Kanser “Survivor”