Pada bulan Ogos tahun 2014, Robin Williams yang merupakan salah seorang pelakon paling versatile dan berbakat besar telah mengejutkan dunia apabila dia telah menamatkan riwayatnya sendiri. Satu kejadian bunuh diri yang tragis dan tidak disangka-sangka oleh semua orang.
Siapa sangka Robin Williams yang sering membawa imej ceria dan selalu tertawa riang itu akhirnya membuat keputusan untuk membunuh diri. Sedih, terkejut dan simpati bermain di fikiran masyarakat dunia pada masa itu, tidak kurang juga ramai yang marah dengan tindakan mendiang Robin Williams yang dianggap membelakangi hukum Tuhan.
Pelakon berbakat itu dikatakan membunuh diri kerana tidak sanggup lagi menahan derita mengalami penyakit Lewy Body Dementia (yang tidak diketahui) dan juga parkinson.
Penyakit Lewy Body Dementia dikenal pasti pada bulan Oktober 2014, 2 bulan selepas kematian tragis Robin Williams. Penyakit itu dapat dikesan melalui autopsi bedah siasat terhadap otak pelakon tersebut.
Apakah itu Lewy Body Dementia (LBD)?
Lewy body dementia (LBD) adalah salah satu bentuk demensia progresif akibat deposit protein abnormal yang disebut alpha-synuclein dalam sel saraf otak. Deposit protein tersebut mempengaruhi aktiviti kimia dan fungsi neuron dalam otak, sehingga menyebabkan sejumlah masalah.
Masalah tersebut termasuk gangguan dalam mengingati, berfikir, bergerak, berperilaku, dan perubahan suasana hati (mood) pada seseorang. LBD hampir mirip dengan penyakit Alzheimer dan Parkinson. Penyakit ini memengaruhi 10-15 peratus dari keseluruhan pengidap demensia.
Apakah penyebab Lewy Body Dementia?
Lewy body dementia disebabkan oleh gumpalan protein alpha-synuclein yang abnormal di dalam sel saraf otak. Belum diketahui penyebab pasti perkembangan deposit abnormal protein tersebut. Selain itu, tidak ada bukti yang menyokong bahawa LBD merupakan penyakit yang diwarisi secara genetik.
Apakah Gejala Lewy Body Dementia?
Gejala yang muncul adalah bergantung kepada tahap pesakit LBD itu sendiri. Berikut merupakan beberapa gejala umum yang mungkin dialami:
1) Gejala Kognitif
● Demensia- Kondisi ini diketahui dengan kehilangan kemampuan berfikir yang sangat teruk, gangguan pada daya fokus dan perhatian, kesulitan dalam membuat perancangan, dan sukar menyelesaikan masalah.
● Fluktuasi kognitif- Kondisi ini diketahui dengan perubahan konsentrasi, perhatian, dan kewaspadaan yang semakin teruk seiring berjalannya waktu. Gejala terkadang terjadi sepanjang hari.
● Halusinasi- Kondisi ini diketahui dengan halusinasi visual atau melihat hal-hal yang sebenarnya tidak ada. Halusinasi non-visual seperti mendengar atau mencium aroma sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2) Gangguan Gerakan
● Beberapa pesakit LBD mengalami gangguan gerakan pada tahap awal. Beberapa pesakit mengembangkan gejala ini seiring berjalannya waktu. Intensiti muncul sangat ringan dan sering diabaikan seperti perubahan tulisan tangan.
3) Gangguan Tidur
● REM Sleep Behavior Disorder (RBD)- Kondisi ini terjadi saat tidur dan biasanya berbicara dan berlaku gerakan kasar sampai terjatuh dari tempat tidur. RBD menjadi gejala awal sebelum gejala lainnya muncul.
● Excessive Daytime Sleepiness- Kondisi ini diketahui dengan tidur selama 2 jam atau lebih di siang hari, meskipun sudah memiliki waktu tidur yang cukup di malam hari.
● Insomnia- Kondisi ini diketahui dengan kesulitan untuk tidur atau sering terbangun sewaktu tidur di malam hari.
● Restless Leg Syndrome atau sindrom kaki gelisah- Kondisi ini diketahui dengan sensasi yang tidak menyenangkan atau tidak biasa pada kaki saat sedang berehat.
4) Perubahan Tingkah Laku dan Mood
● Depresi- perasaan sedih, tidak berharga, atau ketidakmampuan untuk menikmati aktiviti secara terus-menerus dan sering kali disertai dengan kesulitan untuk tidur dan makan.
● Apatis- kurangnya minat dalam kegiatan sehari-hari yang normal dan kurang berinteraksi secara sosial.
● Cemas- Bimbang atau ketakutan yang mendalam terhadap suatu situasi atau masa depan, yang ditandai dengan pertanyaan berulang.
● Agitasi-keresahan yang dapat dilihat dari keadaan mundar-mandir, meramas-ramas tangan, mengulang-ulang kata, dan mudah marah.
● Delusi- memiliki keyakinan yang sangat kuat terhadap sesuatu yang tidak sesuai dengan kenyataan atau bukti.
● Paranoid- memiliki kecurigaan yang ekstrim dan tidak rasional seperti kecurigaan seseorang mengambil atau menyembunyikan sesuatu.
Sebelum kematian Robin Williams, isterinya juga tidak pernah mengetahui bahawa pelakon itu menghidap penyakit Lewy Body Dementia. Sebelum kematian pelakon itu, doktor mengesahkan bahawa Robin Williams menghidap penyakit Parkinson, namun ternyata diagnosis tersebut adalah salah apabila sebelum kematiannya, Robin Williams telah mengalami gejala seperti hilang ingatan, kesukaran untuk bergerak, kesukaran untuk tidur dan mood sering berubah-ubah.
Pelakon itu telah menjumpai ramai doktor dan telah melalui banyak proses ujikaji klinikal untuk mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya namun tiada sesiapa dapat mengesan penyakit LBD menyebabkan pelakon itu tidak mendapat rawatan yang sebetulnya.
Tertekan dengan keadaan diri, Robin Williams membuat keputusan untuk menamatkan riwayat dengan menggantung dirinya. Aktor itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 63 tahun. Sebelum menemui ajal, isterinya juga mendedahkan bahawa Robin Williams cekal melawan penyakit kemurungan (depresi) selama bertahun lamanya.
Baca Lagi: The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat
Baca Juga: 34 Rancangan Terbaru Di Netflix Pada Mac 2023