Home Artis Korea Knetz Boikot Marry My Husband? Park Min Young Sudah Naik Bosan Dituduh...

Knetz Boikot Marry My Husband? Park Min Young Sudah Naik Bosan Dituduh Menerima Duit Dari Bekas Teman Lelakinya

0

Baru-baru ini, Dispatch telah melaporkan bahawa pelakon terkenal Park Min Young menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan kaya raya yang bernama Kang pada bulan September 2022.

Dipetik dari Soompi, agensi Park Min Young iaitu Hook Entertainment mengeluarkan kenyataan pada waktu itu untuk mengesahkan khabar angin tersebut dan mendedahkan bahawa pelakon tersebut telah putus dengan teman lelakinya.

Park min young

Namun, pada 15 Januari yang lalu, Dispatch dengan berani melaporkan bahawa Park Min Young menerima wang tunai sebanyak 250 juta won (kira-kita RM885,000) sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Kang.

Baca juga: Park Min Young Terlibat Dengan Jenayah Kolar Putih

Menurut laporan tersebut, Kang memberikan 250 juta won sebagai pinjaman dan memindahkan wang tersebut ke akaun peribadi Park Min Young dengan alasan kononnya untuk pembiayaan hidup.

“Hai semua, ini adalah Hook Entertainment, kami ingin menyampaikan tentang Park Min Young tentang laporan Dispatch hari ini,”

“Pada bulan Februari 2023, Park Min Young menghadiri sebuah perbicaraan saksi dengan pendakwa raya mengenai penggunaan akaun bank peribadi miliknya atas nama pinjaman,” tulis agensi.

“Jelas sekali bahawa Park Min Young tidak terlibat dalam aktiviti penggubalan wang haram dan 250 juta won yang disebutkan dalam laporan tersebut hanyalah duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Park Min Young yang digunakan oleh Kang Jong Hyun,” tambah Hook Entertainment.

Agensi menjelaskan bahawa, wang tersebut juga tidak digunakan untuk pembiayaan kehidupan Park Min Young dan sudah setahun dakwaan palsu ini memburukkan namanya.

Baca juga: Ahli Perniagaan Bermasalah Menjadi Pilihan Hati Park Min-young, Agensi Beri Respons

“Walaupun begitu, Park Min Young menerima segala kritikan dari pelbagai pihak dengan hati terbuka dan dia sangat menyesali skandal buruk yang merosakkan namanya ini serta akan lebih berhati-hati selepas ini,” tulis agensi.

Hook Entertainment juga berharap supaya sebarang khabar angin yang mencemarkan nama baik Park Min Young dengan menimbulkan kecurigaan yang tidak berasas tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

IMG 0642

Menyusul laporan dan kenyataan rasmi tersebut pada hari yang sama, Park meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan itu di laman Instagramnya.

“Muak dengan semua itu. Tetapi saya percaya bahawa kebenaran sentiasa menang, dan saya bertekad kuat untuk melindungi kacang saya [nama panggilan peminat Park]. Jangan risau,” katanya dalam catatan yang dimuat naik bersama dua gambar pelakon itu.

Sejak akhir 2022, Park telah dituduh sebagai sebahagian daripada perbuatan jenayah Kang, kerana telah didedahkan bahawa mereka adalah pasangan kekasih, dan kakaknya telah didaftarkan sebagai pengarah bebas Inbiogen, sekutu Bithumb. Pada masa itu, Park menafikan menerima sebarang sokongan kewangan daripada Kang, dan kakaknya segera meletak jawatan.

Kang kini dilaporkan dibebaskan dengan ikat jamin dan sedang menjalani perbicaraan.

Knetz mahu memboikot “Marry My Husband”

2700a538 33f4 4f73 a268 a928c9a39001

Selepas tular isu skandal penggubalan wang haram tersebut, knetz meluahkan rasa kecewa dan sepakat memboikot drama terbaharu lakonan Marry My Husband yang sedang menjadi fenomena.

“Saya akan boikot drama lakonan Park Min Young!

“Dia kembali begitu cepat selepas kontroversi dan lihat apa dia sudah lakukan terhadap drama itu!”

Selepas berehat daripada berlakon sepanjang 2023, Park kembali sebagai peneraju dalam siri televisyen tvN “Marry My Husband.” Dalam sidang akhbar untuk drama itu awal bulan ini, Park berkata dia telah “hidup dengan penyesalan. Satu-satunya perkara di fikiran saya ialah memastikan saya tidak terlibat dengan isu lain dan saya melakukan yang terbaik sebagai pelakon,” katanya.

Semoga segala permasalahan dan skandal yang tidak baik boleh segera ditangani dan Park Min-young boleh melakukan tugas hariannya sebagai pelakon dengan tenang selepas ini!

Baca lagi: Kenali Park Min Young yang Memukau Sebagai Pelakon Utama Marry My Husband, Bekas Teman Wanita Lee Min Ho