Home K - Pop Kongsi Foto Perkahwinan, Jeon Hye Bin Tutup Wajah Suami

Kongsi Foto Perkahwinan, Jeon Hye Bin Tutup Wajah Suami

0

Pelakon terkenal Jeon Hye Bin baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinannya di Bali, Indonesia pada Sabtu.

Malah majlis perkahwinan turut disiarkan menerusi sebuah program berita hiburan SBS dalam episod terbaharu rancangan Night of Real Entertainment.

Video tribute tersebut memaparkan sekitar majlis perkahwinan yang meriah termasuk beberapa foto ayah serta suaminya. Namun apa yang menjadi perhatian apabila dia menutup wajah suaminya pada foto berkenaan.

Sama cantik, sama padan pasangan Jeon Hye Bin.

40 1

Suami Jeon Hye Bin merupakan seorang doktor yang berusia dua tahun lebih tua dari usianya iaitu 38 tahun.

Mereka mengenali antara satu sama lain melalui perkenalan persahabatan dan kemudian mengikat tali pertunangan selepas setahun berkenalan.

Menurut agensi pengurusan pelakon itu, ada sebab mengapa pasangan itu memilih untuk melangsungkan perkahwinan di Bali, Indonesia.

Mereka mahukan sebuah majlis perkahwinan kecil yang hanya dihadiri oleh keluarga, serta kenalan rapat selain suasana indah dan nyaman.

41 1
Antara lakonan mantap yang dibawakan oleh Jeon Hye Bin.

“Kedua-dua mereka mahu mempunyai perkahwinan kecil dengan hanya keluarga, dan kenalan mereka selain suasana luar dengan cuaca bagus dan pemandangan indah. Mungkin mereka memilih tempat ini kerana ia sangat cantik,” kata agensi itu.

Menjawab pertanyaan berkaitan sifat suami kepada pelakon itu, agensi itu berkata jejaka itu seorang yang baik hati.

“Dia menjaga Jeon Hye Bin dengan baik dan menghormatinya. Kedua-duanya saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain, jadi mereka kelihatan seperti pasangan yang bahagia dan sepadan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini juga menulis surat secara peribadi meluahkan perasaannya buat suaminya dan perkahwinan mereka.

Jangan lupa like dan komen yang baik baik sahaja. Terima kasih.

Sumber : Mstar