Pujian penonton terhadap pelakon Park Sung Hoon tiba-tiba bertukar menjadi kecaman selepas dia berkongsi poster filem dewasa yang memparodikan ‘Squid Game 2’.
Pelakon kelahiran 1985 itu dibanjiri pujian kerana peranannya sebagai Cho Hyun Ju, bekas tentera yang menjadi transgender. Dia dianggap antara pemain yang meninggalkan kesan mendalam.
Malangnya, kejadian yang tidak dijangka berlaku kepada pelakon itu. Melalui akaun Instagram peribadinya, dia berkongsi poster untuk filem dewasa Jepun yang memaparkan imej eksplisit.
Walaupun poster itu segera dipadamkan, pengikut yang melihatnya mengambil tangkapan skrin dan berkongsinya di pelbagai media sosial Akibatnya, ramai netizen mengecamnya. Lebih-lebih lagi, Korea Selatan kini sedang berduka atas nahas pesawat Jeju Air yang mengorbankan 179 orang.
Mewakili Park Sung Hoon, BH Entertainment mengeluarkan kenyataan menjelaskan muat naik itu. Menyatakan artis mereka melakukannya secara tidak sengaja.
“Park Sung Hoon telah menerima banyak DM (mesej langsung) di media sosialnya. “Ketika memeriksa DMnya, dia secara tidak sengaja berkongsi semula gambar itu,” jelas agensi itu kepada media.
“Pelakon kita sendiri pun terkejut dan rasa bersalah sangat-sangat lebih-lebih lagi dalam keadaan sedih macam ni. “Dia akan lebih berhati-hati pada masa hadapan dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” sambungnya.
Park Sung Hoon memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2008 melalui peranan kecil dalam filem ‘A Frozen Flower.’ Dia mula menjadi terkenal selepas memegang watak antagonis bernama Jeon Jae Joon dalam drama Korea ‘The Glory’ bersama Song Hye Kyo dan Lim Ji Yeon. Serta menjadi watak jahat dalam ‘Queen of Tears.’
Penglibatannya sebagai pelakon dalam ‘Squid Game 2’ membuatkan namanya semakin dikenali di persada antarabangsa. Jelas sekali, dia telah menjadi salah seorang pemain yang paling banyak diperkatakan, walaupun pada mulanya dia menimbulkan kontroversi.
Ramai netizen mengecam pemilihan pelakon untuk memegang watak Cho Hyun Ju. Majoriti berpendapat bahawa peranan ini lebih baik dimainkan oleh seorang transgender, daripada seorang lelaki sejati.
Sumber
Apa pendapat anda?