Westlife akhirnya kembali ke Malaysia. Kali terakhir kita melihat Westlife adalah pada “Gravity” Tour pada tahun 2011.
Sekitar 14,000 peminat berkumpul di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 & 9 August(Khamis & Jumaat) untuk menyaksikan Westlife’s “Twenty Tour” yang diadakan di Kuala Lumpur.
Mereka membuka tirai mereka dengan pengenalan ringkas, Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily naik ke pentas menyanyikan “Hello, My Love” – yang ditulis oleh Ed Sheeran, dan selepas itu mereka menyanyikan “Swear It Again”.
Selepas itu , peminat di sajikan lagu-lagu hit mereka yang mengimbau kenangan lalu dan lagu sepanjang karrier mereka sebagai boyband. “What About Now”, “My Love”, “When You’re Looking Like That”, “Uptown Girl” and “If I Let You Go” membawa kita kembali ke era zaman retro tahun 90an.
Sebelum mereka menukar pakaian lain, Byrne mengambil peluang untuk bercakap tentang kes N0ra Anne Quoirin yang berusia 15 tahun.
Gadis Ireland dilaporkan hilang selepas dia dan keluarganya tinggal di sebuah resort di Seremban minggu lepas. Penyanyi itu berkongsi bahawa mereka telah berhubung dengan ibu bapanya dan mendesak semua orang untuk melakukan apa sahaja yang mereka dapat untuk membantu.
Sebelum mereka kembali ke pentas dengan berpakaian denim, video dipaparkan di skrin. Dalam temu bual itu, setiap ahli mengenang masa kanak-kanak mereka dan kali pertama mereka berada di atas pentas untuk menyanyi. Mereka juga berkongsi sedikit tentang apa yang telah mereka lakukan sepanjang hidup mereka.
Semasa sesi akustik, Feehily menjelaskan mereka tidak banyak masa untuk menyanyi setiap lagu hit. Jadi mereka menyanyikan beberapa lagu kegemaran dan mereka berinteraksi dengan peminat. Byrne menyuruh peminat meletakkan telefon bimbit apabila mereka menyanyikan “Queen Of My Heart”.
Selepas itu, Westlife menyanyikan 2 lagi lagu yang berjudul – “Better Man” dan “Dynamite” (keduanya ditulis oleh Ed Sheeran). “You Raise Me Up” sewaktu lagu ini, stadium dipenuhi dengan lampu dari telefon bimbit peminat-peminat.
Akhirnya malam itu berakhir dengan encore yang sempurna “Flying Without Wings” dan “World Of Our Own”. Ia benar-benar menyeronokkan untuk mendengar suara Feehily semasa ‘high note lagu itu.
Terima kasih kepada penganjur Macpiepro yang telah menjemput Daebaking ke Westlife’s “Twenty Four” in Kuala Lumpur. Terima kasih daun keladi, semoga di masa akan datang bertemu kita sekali lagi.
Lagi foto di bawah, aksi kumpulan Westlife yang sempat dirakam.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing