Home Entertainment Korea Utara Kritik Siri ‘Squid Game’ Dan Korea Selatan

Korea Utara Kritik Siri ‘Squid Game’ Dan Korea Selatan

0

Siri ‘Squid Game’ meraih perhatian dunia dan Korea Utara mengkritik drama Korea Selatan tersebut.

Pada 12 Oktober lalu, ‘Meari’ iaitu sebuah saluran media berita di Korea Utara menyatakan drama tersebut mengungkapkan realiti masyarakat Korea Selatan, di mana orang kuat akan jadi pemangsa kepada yang lemah serta rasuah yang berleluasa.

“Faktor rancangan ini sangat popular adalah kerana ia menggali realiti masyarakat Korea Selatan serta kapitalisme di mana terdapat persaingan ekstrem untuk bertahan hidup. Mangsa yang kuat akan tindas yang lemah.

Menurut portal hiburan Korea, AllKpop, pihak negara itu terus mengkritik Korea Selatan dengan mengatakan, “Korea Selatan adalah masyarakat liar di mana manusia terdorong kepada persaingan melampau dan kemanusiaan terhapus.

Mereka menjelaskan, “Terutamanya orang kaya yang menganggap permainan maut mengerikan ini sebagai bentuk hiburan. Berasa senang dengan membuat peraturan permainan di mana yang lemah boleh menjadi mangsa dan mesti mati jika mereka tidak menang di tempat pertama menunjukkan rasa tidak selesa dan masyarakat yang tidak adil. ”

Media Korea Utara terus berbicara negatif mengenai masyarakat Korea Selatan dengan bermodalkan rancangan tersebut dan menjelaskan bahawa “Realiti di Korea Selatan adalah terdapat ramai orang yang tercicir daripada persaingan sengit dalam kalangan masyarakat di sana.

“Malangnya mereka tinggal di dunia di mana wang menjadi pengukur kepada nilai seseorang individu itu.” tulis media itu lagi.

Sumber: [1]

Kredit foto utama: Must Share News