Menyimpan, menonton atau mengedarkan siri Netflix ‘Squid Game’ dilarang keras di Korea Utara.
Minggu lalu, Radio Free Asia (RFA) melaporkan salinan cerita ‘Squid Game’ telah diseludup masuk ke Korea Utara menerusi pemacu USB dan kad SD.
Apabila tertangkap, seorang lelaki yang didakwa sebagai penyeludup telah dijatuhkan hukuman mati oleh skuad penembak.
Sumber memberitahu RFA bahawa seorang pelajar Korea Utara yang senyap-senyap beli pemacu USB berkenaan telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup, manakala enam lagi yang menonton rancangan itu dijatuhkan hukuman jadi buruh paksa selama lima tahun.
Guru dan pentadbir di sekolah itu telah dipecat dan akhirnya dibuang negeri untuk bekerja di lombong terpencil.
Bukan sahaja ‘Squid Game’, mana-mana program TV dari negara jiran dan media antarabangsa turut diharamkan. Lebih-lebih lagi pengaruh budaya pop Korea Selatan yang dilihat sebagai ancaman kepada kuasa pemerintah di Korea Utara.
Tahun lalu, negara tertutup itu meluluskan undang-undang yang digelar ‘Undang-undang Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reaksioner’ untuk serius menghapuskan budaya kapitalis.
Penguatkuasaan undang-undang tersebut boleh mengakibatkan hukuman mati kerana menonton, memiliki atau mengedar media dari negara kapitalis seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
“Namun tidak kira betapa ketatnya tindakan keras kerajaan, mesti ada pelajar yang tertangkap, dan orang yang ada ibu bapa kaya dapat mengelak daripada hukuman kerana mereka merasuah pihak berkuasa dengan AS$3,000.” kata sumber kepada RFA.
“Penduduk mengadu dunia ini tidak adil kerana jika ada ibu bapa mempunyai wang dan kuasa, anak mereka yang dijatuhkan hukuman mati pun boleh dibebaskan.”
Ironinya, media negara tersebut pernah mengkritik ‘Squid Game’ mencerminkan “masyarakat kelas elit mengeksploitasi yang lemah” seperti dalam artikel di bawah:
Sumber: [1]