Home K - Pop Kris Wu, Bekas Ahli Kumpulan EXO Dijatuhkan Hukuman Penjara 13 Tahun Kerana...

Kris Wu, Bekas Ahli Kumpulan EXO Dijatuhkan Hukuman Penjara 13 Tahun Kerana Merogol

0

Mahkamah Beijing telah menjatuhkan hukuman kepada penyanyi Kanada, Kris Wu pada Jumaat selama 13 tahun selepas didapati bersalah terhadap beberapa jenayah termasuk jenayah rogol selepas setahun dia ditangkap di China dimana tempat dia dilahir dan membina karier.

Mahkamah daerah Chaoyang mengatakan siasatan yang dijalankan dari November ke Disember 2020, penyanyi yang berusia 32 tahun itu yang turut dikenali dengan nama Wu Yifan telah merogol tiga wanita.

1646509762 kriswu

“Wu Yifan telah mengambil kesempatan terhadap tiga wanita ini ketika mereka dalam keadaan mabuk… di rumahnya,” mahkamah memberitahu di akaun rasmi WeChat.

Bekas ahli kumpulan EXO, yang juga seorang bintang terkenal telah pulang ke China pada tahun 2014 untuk meneruskan kerjanya.

Wu telah ditahan pada 31 Julai tahun lalu selepas seorang pelajar Cina berusia 18 tahun telah membuat akauan secara terbuka mengenai Wu yang mengajak dia dan beberapa pelajar perempuan lain, turut berusia muda daripada 18 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Pada masa itu, Wu telah memaksa pelajar itu melakukan hubungan seks dengan dia ketika dia berusia 17 tahun dengan memberinya minum minuman keras.

Kedutaan Kanada di Beijing tidak memberi respons walaupun beberapa media telah membuat laporan rasmi mengenai hukuman tersebut. Wu turut diarah untuk membayar denda sebanyak 600 juta yuan selepas menyorokkan pendapatan peribadi dan beberapa bayaran cukai yang gagal dijelaskan oleh nya.

Sumber: Reuters

Baca artikel terdahulu: Anna, Ibu Kepada Naeun, Gunhoo Dan Jinwoo Kini Sedang Melawan Kanser