Home Video Kucing Hilang Ketika Bawa Berjalan-Jalan, Ramai Berkongsi Pengalaman Sama

Kucing Hilang Ketika Bawa Berjalan-Jalan, Ramai Berkongsi Pengalaman Sama

0

Banyak cerita yang pastinya kita pernah dengar berkaitan dengan kehilangan kucing. Kebiasaannya kucing yang sudah biasa hidup dan memebsar di dalam rumah akan takut apabila dibawa keluar dari rumah. Begitulah dengan apa yang tular di tiktok baru-baru ini.

Menerusi klip video yang tular di tiktok @winniemastura, dapat dilihat situasi pemilik video yang dikatakan kehilangan kucingnya kerana dia telah membawa kucingnya berjalan-jalan di luar rumah dan hanya mengikat kucing tersebut dengan tali harness. Kucing tersebut terlepas apabila tuan kucing meletakkannya ke tanah dan kucing tersebut terkejut mendengar bunyi burung dan terus menerpa lari turun ke cerun seterusnya telah hilang dari pandangan. Difahamkan mereka telah mencari hampir tiap hari sejak kucing tersebut hilang namun masih belum dijumpai.

Di ruangan komen ramai yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka turut pernah merasai kehilangan kucing seperti itu.

“Bang, kucing sy pernah hilang, sy buat solat hajat dan baca doa mencari kucing hilang, alhamdulillah lepas sehari dia muncul balik. Tawakkal..”

“Jangan give up . Kami 2 minggu hilang kucing baru jumpa. Panggil nama dia selalu kat area hilang tu. Mesti dia ada kat mana2 menyorok.”

Baca juga : Menyelinap Masuk Dalam Enjin Kereta, Kucing Ini Senyap2 Ikut Tuannya Berjalan

Baca juga : Kucing Dalam Sangkar Dimakan Ular, Ramai Bersimpati Dengan Wanita Ini

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@MizzLk : better cari mlm atau tgh mlm ms sunyi.biasa kucing keluar time tu.anak bulus sy hilang sy cari dr 2am till 5am.jumpa.

@mamicat : huhu kucing kalau xbiasa keluar mmg akan panik. jgn cuba2 bwk keluar pki harness klu first time. better ltk dlm beg dulu

@Paw Lover : Semoga jumpa awak! Sedihnya. Harness tu sebenarnya tak kuat tau sbb kucing kalau panik mmg boleb terlepas :((

@I Love Myself : kucng tumpang mkn rumah sy..pstu dia hilang, bhari sy cri..pesan dgn kucing lain suruh citam balik..dia balik sis..tp xmcm dlu lg..sy trus bela dia..

@wanndikun4 : Allahhu!..terus kan cari, saya doa kan bertemu kembali, sian dia tak mkn atau ancaman anjing liar

@elina : Cri time mlm and sunyi dia akak keluar … siang mcm ni dia takot kt org2 sekeliling sbb x biasa dgn tmpt2 mcm ni

@Edy Outdoor’s : kena jerit nama dia berkali2. sy buat macam tu masa 1st time hilang. 2 mgu dia dok luar hujan panas takde mknan. Dengan anjing melolong malam2. Seriau

@AlinAburn : cari tpt yg sama and bring some food. selalunya dia akan sembunyi tapi bila dia bau makanan dia akan keluar

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram