Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok sharizanisa, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana sebuah rumah yang dipenuhi botol dan cawan setelah bertahun-tahun dikumpul oleh seorang pakcik. Dikatakan rumah ini sememangnya untuk pengumpul botol-botol dan cawan lama serta hasil kutip di tepi pantai. Rumah ini juga digelar sebagai ‘Rumah Botol Tok Ki’, serta pernah tular di media sosial dan kisah rumah botol ini juga pernah disiarkan di dalam televisyen beberapa tahun yang lalu.
Namun keadaan rumah itu yang dipenuhi cawan dan botol-botol kaca lama pula menarik perhatian penonton.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan rumah botol tok ki ini sememangnya popular di kawasan Kampung Penarik Baru serta sikap pakcik ini juga seorang ramah mesra apabila beliau menyambut tetamu dan melihat botol-botol lama yang dikumpulnya. Ada juga yang mengatakan cara pakcik ini berkomunikasi dengan tetamu juga mendapat pujian ramai selepas melihat beliau berkongsi cerita tentang pengumpulan botol dan cawan yang dikumpulnya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 255.5K penonton, 6270 sukaan dan 153 komen.
Baca lagi: Bina Menara Berkembar Guna Botol Plastik, Hasilnya Buat Ramai Yang Tak Sangka
Baca lagi: Cubaan Memotong Gagal Selepas Lawan Arus, Sekali Reaksi Pemandu Ini Pula Jadi Tumpuan Ramai
Lihat klip durasi pendek reaksi pakcik ini sambut tetamu:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@back2basic: Dah pernah pergi rumah botol ni.Tok ki memang peramah orangnya.
@Aliey: Aku laa klu tgok atuk2 ni auto mngalir airmata..pdahal video psal unik nye diaa
@Qayum Yusof: pernah masuk tv atok ni.. tp x ingt rancangan ape.. pernah tngok
@haslizanhashim: atuk ni masa muda bukan kaleng2 ni.. umur gitu masih cergas dan sihat.masa muda takat aktiviti lasak saja je ni dia redah
@AH_KANG: pakcik ni memang sempoi giler,seronok bile org dtg sini,borak dia tak henti2,paling best ad satu surat sejarah lama dari taiwan,nk thu ap korg dtg sni
@Kelkatoooo : Pernah masuk tv , atok di kena iv dekat wartawan , wartawan tanye apa yg benda pelik ke apa yg pernah jumpa dlm botol , atok jawap jumpa surat
@CharTela_: aku ada kwan kt kpg penarik,setiu ni.dulu dia askar kt srwk
@maliana1782: boleh jadi tempat melancong ini. tengok tengok jenis botol
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram