Manusia tidak pernah lari daripada sifat lupa dan kadang kala sifat lupa dalam diri manusia itu sebenarnya berisiko dan berbahaya.
Menerusi video yang tular di tiktok @sheisnat4sha, dapat dilihat terdapat penunggang motosikal yang terlupa untuk mencabut kunci motor dari motornya itu. Wanita pemilik video itu sempat menunjukkan dia menolong untuk mencabut kunci tersebut dan meletakkan dalam beg pada motor tersebut. Situasi tersebut amat berbahaya kerana berisiko motor tersebut dicuri memandangkan tempat tersebut merupakan kawasan parking mall. Wanita tersebut turut memberikan nasihat buat semua pemilik kenderaan supaya sentiasa double check sebelum meninggalkan kenderaan masing-masing.
TOLONG LAH KORANG IF KORANG PARKING MAKE SURE KUNCI KORANG DAH AMBIL JANGAN TINGGAL !!!
Di ruangan komen rupanya ramai yang pernah terlupa mengambil kunci kenderaan mereka.
“selalu pkwe aku tertinggal mcm ni…tapi aku kalau nmpk gini aku ambik letak lah yg tmpt nyorok2 sikit”
“hari tu tgk wyg dgn kwa guna krta…da siuk² tgk transformers tu tba² dia kata alamak krta lupa kunci..sdh lpa kunci lupa lagi parking kat mana”
“saya pernah saya g mydin lpas tu saya terus keluar dlm keadaan enjin kereta hidup lgi.sbaik tk hilang kereta aku..”
“banyak kali tertinggal kunci kt tempat bukak seat time pakai lc. nasib la skrg dh keyless “
Baca juga : Rakaman CCTV Rakam Aksi Pencuri Motor, Netizen Dinasihatkan Untuk Lock Motor Sentiasa
Baca juga : Rakaman Cctv Motor Hampir Dirembat, Pencuri Sempat Larikan Diri
Lihat klip rakaman di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Anang.Bakanya : bagi kat kaunter servis pelanggan klau ada
@dyi : Aku sellu nmpk kt parking scm astu aku letak dlm helmet
@Shinjuko : mungkin dia amik fone dekat holder,terus lupa amik kunci
@Yun_Wonder : Selalu gak tertinggal..kat nak buka sit..nasib x hilang HAHAHAH
@hakiem : Time closing balik kerja ade org tggal camni jugak,dkt 200 meter aku kejar cari dia..nasib jumpa
@comi,436 : kalau motor auto senang tak payah guna lubang cuma tekan
@pwettybear : Bukan motor je , saya selalu tinggal jugak kat pintu kreta
@mad_zx : Sy pernah tertinggal kunci di sbk di mall. Nasib motor x hilang.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan Instagram