Home Entertainment Kwang Soo Ketawa Nak Mati Bila Tengok Wallpaper Skrin Telefon Ji Hyo

Kwang Soo Ketawa Nak Mati Bila Tengok Wallpaper Skrin Telefon Ji Hyo

0

Dalam satu episod Running Man (masa tu Kwang Soo ada lagi), Ji Hyo, Haha dan Kwang Soo naik satu kereta sport semasa dalam perjalanan untuk buat misi.

Meskipun sudah tahu destinasi hendak dituju, mereka tidak tahu cara nak guna penunjuk arah dalam kereta dan mula gelabah.

Ji Hyo pun bermurah hatilah bagi pinjam telefonnya kepada Kwang Soo supaya dia boleh guna aplikasi penunjuk jalan di dalamnya.

Bila Kwang Soo tengok wallpaper di skrin telefon Ji Hyo, dia kehilangan kata-kata.

Kwang Soo: Apa ni? Skrin kunci kau ni berderet bulan dari Januari ke Disember dalam bahasa omputih dengan terjemahan Korea.

2 5

Apabila Kwang Soo nak tunjuk kepada semua orang sambil ketawa, Ji Hyo mahu ambil balik telefonnya sementara Haha pula menyakat dia.

unnamed 2 3

Rancak campaign 1640x614 1 10

Haha: Ji Hyo, kau belajar bahasa Inggeris ke?

Ji Hyo menafikannya tetapi Haha tetap menyokong usahanya untuk belajar walaupun dah lanjut usia.

Ji hyo: Tak ada sebab pun kenapa aku set tu!

Haha: Tak apa. Bulan November dan Disember dalam bahasa Inggeris pun aku tertukar lagi.

3 6