Home Video Lagi 15 Minit Nak Ambil Skrol, Wanita Sebak Dapat Panggilan Dari Jiran...

Lagi 15 Minit Nak Ambil Skrol, Wanita Sebak Dapat Panggilan Dari Jiran Beritahu Bapa Sudah Tiada

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok uniszaedumy, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang dikenali sebagai Haslinda, merupakan seorang graduan yang akan menerima skrol di Majlis Idul Ilmi Kovokesyen UniSZA ke-15, semalam. Di mana 15 minit sebelum beliau menaiki pentas, dikhabarkan bahawa bapanya telah meninggal dunia selepas mendapat panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah. Namun situasi yang dihadapi wanita ini juga membuatkan orang ramai turut sebak dengan pemergian bapanya.

Haslinda mengatakan beliau tidak menyangka bapanya akan ‘pergi’ terdahulu sebelum beliau naik ke atas pentas untuk menerima ijazah. Namun beliau tetap kuat untuk naik juga walaupun sekejap untuk menerima skrol tersebut. Haslinda juga ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen, semalam. Selain itu, beliau juga telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah.

Screenshot 2023 11 07 095521
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak apabila melihat reaksi Haslinda yang tetap kuatkan diri untuk mengambil skrol di atas pentas. Namun begitu, situasi ini juga telah membuatkan para penonton sebak dan perkara ini paling digeruni oleh seorang anak apabila digelar sebagai perantau. Netizen juga mendoakan semoga beliau sekeluarga tabah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.3M penonton, 272.8K sukaan dan 4781 komen.

Baca lagi: “Ibu Ayah Tak Sabar Nak Tengok Adik Konvo”-Tak Sangka Apa Yang Berlaku Buat Ramai Sebak

Baca lagi: “Macam-Macam Ragam”-Reaksi Pemandu Salah Masuk Lorong Dan Terlajak Garisan Putih, Raih Tumpuan Netizen

Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@MR.KILLER COBRA: ALLAHU RABBI salam takziah utk akak haslina kalang semoga sentiasa kuat atas pemergian ayahnda

@Yeng: Semua boleh pergi tapi jangan Ayah. Sakitnya lain mcm lbh² lagi bagi anak perempuan , takziah utk Haslina Kalang. Moga Ayah kamu di tmpt yg beriman

@najwa: dia strong sikit, tapi kena peluk terus berjurai air mata. salam takziah

@Fatin Shahiera Bahar: Memula mcm boleh tahan nangis tu an. Bila org tnya2, peluk bgai mmg auto brjurai. Takziah

@Iffahshares: Tahniah dear Haslina. May Allah ease your affairs dunya akhirat. May Allah reunite you and your whole family in the highest Jannah

@Anisyaaaaaaaaa: Smga arwah bapa haslinda dtmpatkan dlm klangan org2 soleh

@anieshams_ck: Takziah buat adik haslinda atas pemergian insan tercinta…

@@CIKNANASUKHAMAKHAN: part org atasan peluk tu berderai air mata aku

@sparky: inilah yg paling digeruni oleh mana ii anak, tak kisah lah anak perantau ke, bukan anak perantau ke.. mmg takut

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram