Home Video “Lah Boleh Jual Rupanya”-Penjual Emas Ini Beritahu Sesuatu Yang Orang Ramai Tak...

“Lah Boleh Jual Rupanya”-Penjual Emas Ini Beritahu Sesuatu Yang Orang Ramai Tak Tahu

0

Ramai yang tidak tahu bahawa cangkuk pada rantai dan gelang emas yang biasa dipakai sebenarnya boleh dijual dengan harga emas sekarang.

Menerusi klip video yang tular di tiktok @aydengoldklang916, jurujual emas berkenaan menceritakan di mana terdapat pelanggan yang datang ke kedai dan ingin menjual cangkuk emas. Dan dalam pada yang sama, pelanggan di sebelah terdengar perbualan tersebut dan dia terkejut serta baru tahu bahawa rupanya cangkuk tersebut boleh dijual mengikut harga emas semasa. Dalam video yang ditunjukkan tersebut, dapat dilihat bagaimana pengiraan wang diperoleh hasil menjual cangkuk emas sahaja.

Jadi jangan biasakan untuk buang. Cuba cek dulu kalau dia berharga simpan sbb ia boleh jadi keperluan suatu hari nanti

Penjelasan penjual emas tersebut membuatkan ramai yang baru tahu.

“sy pun buang ingat x leh jual”

“lah sayang nya dh bpe byk di buang nya dh ah bli nya mahal”

Baca juga : Laptop Anak Hilang Ketika Buat Final Year Project, Tindakan Ibu Tunggal Yg Terpaksa Jual Gelang Emas Buat Ramai Simpati

Baca juga : Menangis Nak Gelang Emas Baru, Reaksi Kanak-Kanak Ini Minta Ibu Belikan Emas Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip penjelasan di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Lihat juga komen netizen :

@Erna : nk exstend gelang baby bg panjang pon orang jual jugak cangkuk tu saja

@waniey : hari tu cngkuk S sy kemek sbb sllu buka pkai.tukar je nnti kedai timbang then dpt cngkuk bru xyh tmbh duit

@zz : buang? lain kali bg sy. hrtu cangkuk S sy patah pun sy jual. kumpul skli dgn brg kemas lain yg nk jual. beli brg kms baru.

@rose : cangkuk s kecil gitu masih tinggi harga. saya nk jual subang, kedai nk ambil 200++ je. tak jadi jual

@umimirah34 : selalunye kedai minta surat jual beli…mne nk ingat kt mne simpan lg .

@rizqyqishry : serious la ramai yg buang?? sayngnyerrrr.. cangkok s tu ptah 4 pun still de nilai lg

@Tiey Shanz : knpa xbuang tmpt sy,ring kecil sangat putus utk gantung love pun putus sy simpan baluy dgn tisu/kapas dan masuk dlm bekas risau tercicir

@Shelaqaseh10 : Tak kisah la apa pun, janji emas, boleh je jual.. yg pi buang kenapa? Tak kan la tak tau.. emas kut, Bukan besi

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram