Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Lakonan Jisoo Dalam ‘Newtopia’ Mencuri Perhatian, Ngeri dan Penuh Jenaka Menghiburkan

Lakonan Jisoo Dalam ‘Newtopia’ Mencuri Perhatian, Ngeri dan Penuh Jenaka Menghiburkan

0

Lakonan Jisoo BLACKPINK dalam drama zombie terbaru “Newtopia” telah mendapat perhatian ramai netizen!

IMG 3454

Ramai yang sangat seronok dengan pelbagai adegan yang menunjukkan dia berdepan situasi genting di tengah kota.

Biarpun baru episod pertama ditayangkan sejak 7 Februari, Newtopia kini menjadi perbualan dan berjaya mencuri perhatian ramai penonton dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, China, dan tentunya dari Korea Selatan.

‘Newtopia’, sebuah drama Korea yang dibintangi oleh Park Jeong-min, Kim Jisoo BLACKPINK, Kang Young-seok, Hong Song-hui, dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang seorang askar dan teman wanitanya yang menghadapi serangan zombi di bandar tempat mereka tinggal. Kedua-duanya cuba saling memperbaiki hubungan mereka yang terputus dalam masa yang sama melarikan diri dari kekacauan yang berlaku.

Tidak seperti pelbagai drama Korea atau filem thriller yang memaparkan wabak zombi, ‘Newtopia’ hadir dengan adegan, plot dan jenaka yang menyegarkan. Salah satu babak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai penonton ialah apabila Kang Young-joo (Jisoo) memarahi seniornya, Seo Jin-wook (Kang Young-seok) yang tengah melanggar seseorang, tetapi sebaliknya memilih untuk terus berada di dalam kereta.

Kang Young-seok yang sedang meluahkan rasa jengkelnya tiba-tiba memalingkan kepalanya kerana terkejut melihat seniornya terkencing dalam seluar.

IMG 3461 IMG 3463 Newtopia

Satu lagi babak viral yang membuatkan peminat drama Korea meledak ketawa ialah apabila mayat zombi meluncur ke arah kereta yang dipandunya dan seniornya sehingga melanggar cermin kereta menyebabkan salah satu organ iaitu mata zombi itu tercampak keluar dan melekat pada leher Kang Young-seok (Jisoo). Tiba-tiba ini membuatkan dia menangis ketakutan. Menahan rasa jijik dan takutnya, Kang Young-seok mengambil bahagian organ itu dan menjerit tercungap-cungap ketakutan.

Adegan yang menunjukkan Jisoo menjerit ketakutan menjadi tarikan istimewa buat penonton. Malah, menurut akaun @ChinaMusicData di X, adegan yang menunjukkan ketakutan Jisoo sedang menjadi sohor kini di Weibo.

Ramai yang merasakan lakonan Jisoo telah berkembang dengan cukup baik menerusi drama ini. Dia mampu meluahkan rasa takut, dan meluat dengan ekspresi yang sempurna, walaupun ada yang menganggap ekspresi mikro ahli BLACKPINK ini agak berlebihan.

Walaupun baru 4 episod disiarkan, ‘Newtopia’ berjaya mencapai rating 7.6 di MyDramaList dan 88% Rotten Tomatoes. Ia turut diramalkan popularitinya akan terus meningkat. Sebelum membintangi drama ini, Jisoo BLACKPINK berjaya memainkan watak Eun Young-ro dan berlakon bersama pelakon Jung Hae-in dalam Snowdrop.

Hanya dengan jumlah 8 episod, pastikan anda saksikan lanjutan episod Newtopia di Prime Video ya!

Baca lagi: Keunikan Drama “Newtopia”, Menggabungkan Pelbagai Genre Yang Mengujakan
Baca juga: 4 Drama Korea Lakonan Jisoo BLACKPINK – Kembali dengan “Newtopia”