Jarang sekali kita mendengar lantai rumah yang tiba-tiba meletup di dalam rumah seakan-akan seperti berlakunya gempa bumi. Kejadian tersebut memang pernah berlaku tapi amat jarang sekali dilihat di hadapan mata.
Berdasarkan video yang telah tular di tiktok, dapat dilihat jalan penceritaan di mana lantai rumah pemilik akaun tiba-tiba meletup dan bunyinya seperti orang sedang bermain mercun di dalam rumah. Kejadian tersebut berlaku ketika hari raya di mana pemilik video sedang mengadakan makan-makan dan menjemput ramai orang datang ke rumahnya. Perkara tersebut amatlah tidak dijangka dan tuan rumah membuat keputusan untuk memecahkan lantai tersebut memandangkan serpihan lantai yang meletup tersebut telah menyebabkan luka pada kaki anaknya.
Ramai yang berpendapat bahawa lantai tersebut meletup akibat daripada simen yang dibuat tidak betul dan menyebabkan udara dari luar meresap ke dalam sehingga menyebabkan kembung dan mengakibatkan letupan berlaku.
“Biasa jubin pecah ni sbb simen dia tk buat btul.. udara dr luar meresap ke dlm tu yg lama2 kembung pstu meletop”
Di ruangan komen juga ramai yang turut berkongsikan pengalaman yang sama seperti dalam video tersebut.
“samalah kat rumah saya ni..lepas jdi cmtu kmi pasang kapet terus..sbb dh bnyak kali baiki..elok2 rumah batu dh jdi rumh kampung. drup drap setiap kali jalan”
“rumah saya 5 tahun lepas mcm tu jugak…ia bukan dsbbkan oleh tak letak gam simen ke bancuhan tak betul ke apa..itu adalah mozek itu sndiri…pattern sama colour pun sama dngn yg drumah sya,,2 buah rumah yg lain area sya pun kena jugak mmng pattern mozek sama je”
“pernah kena camni..duk ingatkan gempa bumi..haha tengok2 mozek meletup..depan pintu utama pulak tu..”
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@tenang selambar : elak pkai mozek besar .mcm tu .. klau nk pkai jugak ..cri org yg pandai pasang .. klau x kluar modal 2 kli lah kita
@Rhaedina : Bukan masalah tile bsr atau kecil. Rumah lm kami, kawan2 sebaris lorong tu ramai yg kena. Yg dh tukar lantai kayu lg haru..
@Iddah : Tiles besar mmg selalu naik gini kalau pasang tak betul sama macam dalam rumah saya pun naik juga
@EydaFalisha : pernah jgak lantai jadi gelembung mcm tu..msa duk umh sewa..tggu meletop je..tuan rumh suh pindh smntra..enth la xtau nk pndh mna msa tu..dgn tgh ssah
@MyMelody : Pastikan spacing ada next time pasang floor tiles baru…spacing nak expand xda sebab tu meletup.
@Mohd Affendi Sujah : saya da kena.. tengah malam,anak beranak lari keluar,rasa macam nak roboh.hahahaa..esok kiteorg ketawa,lusa muram nak cari modal
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber:Tiktok dan Instagram