High School Return of a Gangster merupakan drama terbaru yang dibintangi oleh Yoon Chan Young, Bong Jae Hyun, dan Lee Seo Jin. Drama ini ditayangkan dengan dua episod perdananya pada 29 Mei 2024.
High School Return of a Gangster mengisahkan tentang seorang gangster yang tanpa sengaja bertukar jiwa dengan seorang pelajar mangsa buli. Situasi menjadi bertambah haru dengan latar belakang menarik dari setiap watak.
Mari sama-sama kita lihat latar belakang kisah ketiga-tiga watak utama High School Return of a Gangster seperti dibawah ini.
1. Kim Deuk Pal
Kim Deuk Pal (Lee Seo Jin) merupakan seorang ketua kumpulan Gangster Chilsung yang disegani dan digeruni. Dia lebih banyak memihak pada kebaikan dengan melawan ketidakadilan. Pekerjaan yang diterima Chilsung adalah seperti membantu pelanggan menangkap para musuh yang melakukan jenayah.
Walau sudah berusia 47 tahun, semangat Kim Deuk Pal tidak pernah pudar dengan mudah. Kim Deul Pal selalu menjaga pola hidup sihat dengan rutin bersenam. Dia juga memiliki pola pemikiran positif dan selalu optimis. Perkara tersebut dapat dibuktikan melalui caranya menghadapi krisis ketika jiwanya terperangkap dalam tubuh Song Yi Heon (Yoon Chan Young).
Baca juga: 5 Fakta Kdrama High School Return of a Gangster, Kisah Samseng Yang Terperangkap Dalam Tubuh Seorang Pelajar
2. Song Yi Heon
Song Yi Heon (Yoon Chan Young) merupakan anak rahsia kepada ketua OK Construction. Syarikat ini merupakan salah sebuah dari tiga syarikat terbesar di Korea Selatan. Sementara itu, ibu Song Yi Heon pernah menjadi pelakon wanita popular pada zamannya.
Banyak khabar angin mengatakan bahawa ibu bapa Song Yi Heon menjalin hubungan terlarang hingga lahirlah dirinya. Situasi ini yang menyebabkan Song Yi Heon dan ibunya perlu tinggal dalam persembunyian demi menjaga nama baik bapanya. Tambahan pula, bapa Song Yi juga memiliki keluarga dan isteri sah sendiri. Dia memperolehi segala kemewahan dengan seorang setiausaha iaitu Setiausaha Lee yang dihantar untuk menguruskannya.
Isteri sah Ketua OK Construction mula tidak sihat belakangan ini. Setiausaha Lee yang juga perempuan simpanan pimpinan syarikat juga berusaha untuk menyingkirkan Song Yi Heon dan ibunya. Dia bimbang jika Song Yi Heon menjadi pewaris bagi syarikat. Setiausaha Lee pun berusaha memindahkan Song Yi Heon untuk belajar ke luar negara hingga memerangkap ibu Song Yi Heon supaya ketagih alkohol.
3. Choi Se Kyung
Choi Se Kyung (Bong Jae Hyun) merupakan ketua kelas di kelas Song Yi Heon. Song Yi Heon yang selalu dibuli sesungguhnya juga ingin berkawan dengannya. Walau demikian, para pembuli mengatakan bahawa Song Yi Heon adalah pengintip Choi Se Kyung. Fitnah ini membuatkan hubungan mereka renggang.
Di samping itu, Choi Se Kyung digambarkan sebagai social butterfly yang mudah bergaul. Dia juga ramah dan selalu berbuat baik kepada kawan-kawannya. Walau demikian, Choi Se Kyung tidak pernah lalai dalam pelajaran. Dia mampu menjaga prestasinya hingga berjaya masuk ke dalam senarai pelajar harapan di sekolah.
Di sebalik itu semua, Choi Se Kyung hanyalah mangsa dera ayah kandungnya sendiri. Dia memperoleh tekanan secara fizikal dan mental hingga menimbulkan trauma sejak kecil. Choi Se Kyung terus merasa takut dan gelisah setiap kali kembali ke rumah.
Sebenarnya, bapanya yang merupakan seorang pendakwa raya selalu memaksanya untuk menjaga perangai. Sikap hingga batasan pergaulan juga terus diawasi. Lebih teruk lagi, dia memasang aplikasi pengesan di telefon bimbit anaknya, Choi Se Kyung.
Walau baru berlangsung sebanyak dua episod, latar belakang dan konflik setiap watak telah digambarkan dengan cukup jelas. Kisah mereka dijangkakan akan terus berkembang kerana episod High School Return of a Gangster masih panjang.
Nah, bagaimana? Adakah anda sudah teruja untuk menonton “High School Return of a Gangster” ini? Pastikan anda strim hanya di Viu ya setiap Rabu ya!