Home Video Lebih 18,000 Pekerja ‘McD’ Kini Terkesan, Sekali Respon Pekerja Ini Pula Tarik...

Lebih 18,000 Pekerja ‘McD’ Kini Terkesan, Sekali Respon Pekerja Ini Pula Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok shahrulnizam416, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana beberapa orang pekerja daripada Mcdonald’s meluahkan bahawa keadaan mereka terkesan selepas ‘boikot’ yang dilakukan oleh umat Islam. Salah seorang pekerja tersebut juga mengatakan berasa kasihan kepada penghantar makanan yang segelintir daripadanya merupakan orang kurang upaya yang sedang mencari rezeki.

Oleh itu, video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizeen.

Screenshot 2023 11 01 094829
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan boikot yang dilakukan oleh umat Islam ini bukan disebabkan tidak memikirkan keadaan pekerja yang terjejas serta sumber pendapatannya semakin mengurang. Ada juga yang meminta pekerja yang terkesan itu untuk ikhtiar dan sabar untuk mencari pekerjaan di tempat lain kerana restoran terkenal tersebut mempunyai kaitan dengan Israel.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 447.3K penonton, 14.5K sukaan dan 3034 komen.

Baca lagi: Kerana Menyokong Isr4el, Penunjuk Perasaan Dilihat Mengamuk Dan Memusnahkan McDonald’s Di Istanbul

Baca lagi: Kereta Dipandu Terlalu Laju Sehingga Melanggar Kereta Yang Baru Keluar Parking Raih Perhatian

Lihat klip durasi pendek respon salah seorang pekerja McD ini:

@shahrulnizam416Dengarlah rintihan kami Saudara Di Tanah Air ini…Keluhan kami..kesedihan kami..Tiada siapa yang tahu..Hanya Allah Yang tahu…

♬ original sound – Shahrul Nizam

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Fendymojo: Rezeki Allah itu luas di bumi Malaysia tercinta ni. byk lagi kerja kosong dkt luar sana. Sedangakan rakyat palestin tiada pilihan. Kelaparan teramat.

@Bulat: kesian memang kesian..tapi luluh lagi hati tengok baby sebaya anak aku takda tangan.. kepala hancur..ya Allah

@ambo_lorat: awak2 semua ada pilihan sedangkan kt Gaza sana dah tiada pilihan selain bergantung pada Allah

@abe lory: demi bangsa dan UGAMA.. Takkan lah tak bolih berkorban.

@AyieStr: maaf mncelah. sy pun dah benti kje mcd.Dn sy berserah pda Allah sepenuh nya.Alhamdulillah sy dpt kje lain yg lg better.just trust Allah.smua ni pilihan

@@nazzSya98: ex mcd hadir….5 tahun keje mcd and baru resign…insha allah semoga semua dipermudahkan segala urusan…rezeki allah luas

@SALLEHUDDIN_87: Baru dugaan hilang kerja.. Belum lagi dugaan hilang family.. Rezeki Allah luas. Allah dah tentukan rezeki hambanya.. Lebih kesian pada sodara Islam

@Reza CK1990: warga asing bleh hidup di malaysia,apa lgi warga tempatan sendri,rezeki allah itu luas

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok