Madu adalah pemanis semula jadi dan ia bukan sahaja sedap, tetapi juga mempunyai pelabagai manfaat dari segi kesihatan. Namun, anda perlu tetap mengambilnya pada kadar yang perlu sahaja dan tidak berlebihan.
Madu yang benar-benar asli biasanya mahal, disebabkan itulah terdapat segelintir penjual madu bertindak pembeli dengan mencampurkan air, gula atau bahan pemanis lain untuk menjadikannya lebih banyak. Bagi yang berkamhiran, mereka dapay mengenalpasti dengan mudah sekirany sebotol madu itu sudah dicampurkan bahan lain ataupun tidak.
Bagi peminat madu, anda pasti tahu terdapat banyak jenis madu di dunia ini. Rasa madu yang berlainan jenis ini dikatakan berbeza bergantung kepada sumber nektar lebah. Malah, rasa madu juga dikatakan dipengaruhi oleh cuaca dan kawasan persekitaran lebah.
Ini 5 jenis madu yang paling mahal di dunia, jangan terkejut pula kerana ada harga madu yang lebih mahal daripada emas.
1. Madu Greek Dari Ikaria
Madu asli Greek dari kawasan Ikaria adalah sejenis madu yang sangat mahal dan jarang ditemui, ianya berasal dari Pulai Ikaria di Greece. Madu ini berharga sekitar $220 untuk satu botol yang hanya mengandungi 920 gram sahaja.
Ikaria adalah sebuah pulau Greek yang terletak di Laut Aegea. Madu dari sini sangat berkualiti tinggi kerana sifat geografi dan topografi yang unik ini terdapat di pulau tersebut. Madu ini dihasilkan hanya dari lebah yang mengusahakan ramuan herba pokok pinus dan flora lain dari pulau tersebut.
Ikaria juga adalah tempat yang terkenal dengan kuasa penyembuhannya dari zaman kuno. Madu yang dihasilkan oleh lebah di daerah ini keluar dengan tekstur warna coklat gelap dan rasa yang pekat dan manis dicari kerana sifat penyembuhan. Ia adalah salah satu jenis madu berkualiti tinggi di dunia.
2. Miel Lo Mejor Del Bierz
Madu Miel Lo Mejor del Bierz dan dihasilkan dari lebah yang mengumpulkan nektar daripada tumbuhan yang terdapat di kawasan Leon di Sepanyol. Ini adalah madu yang unik, yang berasal dari Kampung Camponaraya di daerah El Bierzo.
Madu ini juga disahkan Halal untuk digunakan oleh masyarakat Muslim dan telah menjadi sangat popular sehingga terdapat senarai menunggu untuk membeli produk madu ini. Ini bermakna , permintaan terhadap madu ini jauh lebih besar daripada pengeluarannya.
Pada satu ketika, madu Miel Lo Mejor del Bierz adalah madu kedua paling mahal di dunia tetapi sejak itu diturunkan ke tangga keempat setelah beberapa lagi madu lebih mahal dalam senarai ini.
3. Madu Royal Yemen Sidr
Madu Sidr telah lama terkenal dengan tujuan perubatan dan faedah kesihatan. Ia juga dilaporkan mempunyai sifat afrodisiak ringan. Afrodisiak adalah bahan atau makanan yang meningkatkan keinginan seksual, ghairah, tingkah laku atau prestasi.
Madu ini mendapat permintaan tinggi sehingga harganya mencapai $1,000 sekilo di Amerika Syarikat. Terdapat beberapa jenis madu Sidr tetapi yang paling mahal adalah Royal Yemen Sidr. Madu Royal Yemen Sidr berasal dari pergunungan Hadramaut Yaman dan hanya dituai dua kali setiap tahun yang menjadikan pengeluarannya lebih rendah daripada permintaan.
Madu ini telah digunakan untuk khasiat perubatannya selama lebih dari 7,000 tahun, dihasilkan oleh lebah yang mengumpulkan bahan dari phon sidr yang terdapat di Yaman dan Arab Saudi. Daripada kualiti, madu ini sering dibandingkan dengan madu Manuka dari New Zealand.
4. Madu Manuka
Madu Manuka terkenal dengan penilauan MGO/UMF tertinggi di dunia. Ia dihasilkan oleh syarikat The True Honey Company. Terdapat hanya 1,000 balang madu unik ini yang dibuat setiap kali pengeluaran.
Ia mempunyai konsistensi tekstur yang unik yang digambarkan sebagai rasa mentega tetapi sangat manis. Ia dihasilkan dari lebah yang dibesarkan di bahagian utara negara New Zealand dan terkenal dengan rasanya yang kuat. Madu ini sangat berharga untuk manfaat kesihatanyya.
Harganya adalah $1780 untuk bekas yang beratnya hanya 230 gram dengan MGO 1700. Peminat madu biasanya akan menghargai madu unik dan luar biasa ini bukan hanya untuk rasanya yang kaya dan unik, tetapi juga untuk manfaat kesihatan yang ada padanya.
5. Madu Elvish
Madu Elvish adalah madu termahal di dunia yang telah disahkan oleh pihak Guinness World Reecords. Ia adalah madu yang pekat dan berwarna keemasan. Apa yang menjadikan madu ini sangat jarang ditemui dan sangat berharga adalah kerana ianya berasal dari gua yang terletak di bahagian timur laut Turki di sebuah gua lembah Saricayir.
Madu ini mendapat kandungan mineral yang kaya dari gua yang pertama kali ditemui pada tahun 2009. Harga ini telah mencecah sebanyak $6,800 setiap gram. Madu ini diambil dari gua yang terletak 2500 meter di atas permukaan laut, jauh dari tempat tinggal manusia dan dari koloni lebah lain.
Nektarnya berwarna gelap dan mempunyai rasa pahit, serta mempunyai khasiat perubatan yang tinggi kerana kaya akan magnesium, kalium, fenol, flavonoid dan antioksidan. Kerja menuai madu ini sangat mahal kerana memerlukan kepakaran pendaki gunung ke gua tempat madu ini dijumpai.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi