Akhirnya pelakon cantik manis kesayangan ramai iaitu Lee Da Hae bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih pujaan hatinya iaitu penyanyi terkenal
Korea Selatan iaitu Se7en. Tahniah diucapkan kepada kedua bakal pengantin yang sangat secocok ini!
Pasangan dua sejoli ini mengumumkan tentang perkahwinan mereka melalui hantaran di lama Instagram milik mereka.
Melalui dua hantaran Instagram yang berbeza, Lee Da Hae dan Se7en mengumumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2023.
Baca Lagi: Khabar Angin Tentang Perceraian Hyun Bin & Son Ye Jin
“Hello semua! Lee Da Hae di sini!
Mungkin perkara yang akan saya kongsikan ini bukanlah satu kejutan buat anda semua kerana saya telah bercinta selama 8 tahun lamanya, tapi saya masih berasa malu dan segan untuk menyatakannya, saya telah berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pengumuman ini.”
“Pada bulan Mei ini saya telah membuat keputusan untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Saya masih lagi terbiasa memanggilnya teman lelaki, selepas ini saya akan lebih menyayangi dan prihatin terhadap Se7en sebagai isterinya yang sah dan teman seumur hidup. Terima kasih kerana selama ini sentiasa berada di sisi saya dan membuatkan saya cukup bahagia.”
“Saya akan pasti rasa bahagia jika perkahwinan ini mendapat restu, kasih sayang dan sokongan anda semua.
Saya akan sentiasa membalas jasa peminat-peminat setia saya sebagai seorang pelakon dan sebagai seorang isteri dalam keluarga yang bakal saya bina nanti, saya pasti melakukan yang terbaik.
Terima kasih” —- Lee Da Hae.
“Hello semua! Se7en disini! Tahun 2023 menandakan 20 tahun ulang tahun debut saya dalam industri seni. Saya rasa semuanya adalah mustahil tanpa sokongan dan kasih sayang para peminat. Terima kasih banyak-banyak, saya sangat terharu dan menghargai anda semua!”
“Harini saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua pada hari ini. Berita baik yang membahagiakan.”
“Selama 8 tahun kami telah berkongsi kegembiraan kami dengan anda semua, kebahagiaan dan kesedihan kami semuanya kami kongsi bersama. Terima kasih semua kerana tidak henti-henti menyokong saya. Saya dan teman wanita saya, Lee Da Hae telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada 6 Mei nanti.”
“Mulai hari ini saya akan lebih matang dan bertanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan suami. Sekali lagi, terima kasih kerana telah menyokong saya. Saya akan sentiasa mengingati anda semua.
Terima kasih.” —— Se7en
Lee Da Hae dan Se7en secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka berdua menjalin hubungan cinta pada bulan September 2016. Semoga majlis perkahwinan mereka berjalan lancar dan sentiasa berbahagia sebagai suami isteri. Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan perkahwinan bintang ternama
korea Selatan ini.
Baca Juga: 9 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton