Home Entertainment Lee Da In Teman Wanita dan Bakal Isteri Yang Diperlukan Setiap Lelaki

Lee Da In Teman Wanita dan Bakal Isteri Yang Diperlukan Setiap Lelaki

0
Nampaknya Lee Seung Gi benar-benar dilamun cinta, kasih sayangnya terhadap Lee Da In begitu mendalam dan menganggap teman wanitanya itu adalah teman wanita dan bakal isteri yang diperlukan oleh setiap lelaki!

D431E536 7BC4 461B A1AE 1F755FB7E0DF

Dia seorang yang mempunyai hati emas, kemesraan, dan penuh dengan kehangatan cinta. Dan saya mahu kekalkan dia di sisi saya selama-lamanya. Saya ingin berkongsi kebahagiaan saya dengannya. Dan ketika waktu sukar dalam hidup, saya mahu mengatasi cabaran itu bersama-samanya tanpa melepaskan tangan masing-masing.” Kata Lee Seung Gi.
Dispatch turut melaporkan bahawa semasa lawatan ke rumah nenek Lee Seung Gi, Lee Da In sangat ceria dan sopan. Dia baik hati dan benar-benar menghormati nenek Lee Seung Gi. Dia malah tidak mengalihkan pandangannya dari neneknya sehingga saat dia pergi. Bagi nenek Lee Seung Gi, Lee Da In nampaknya seorang cucu menantu yang cukup sempurna dan ideal.

94E6CBAC 405E 4139 9398 8E1EF446AFCC

Menurut satu sumber laporan dari Wikitree, ketika Lee Seung Gi mengalami masa yang sukar berdepan dengan pertikaian dan konfik besar dengan Hook Entertainment, Lee Da In menjadi salah satu sumber kekuatannya. Kekasih hatinya itu berdiri di sisi Lee Seung Gi dan sentiasa berada di sebelahnya, menemani Lee Seung Gi ketika dia melalui semua dugaan dan kesusahannya.
Dari situ Lee Seung Gi yakin dan pasti dengan keputusannya untuk menjadikan Lee Da In sebagai suri hatinya walaupun mengetahui hubungan cintanya tidak disukai majoriti peminat dan Knetz.

4C0E6BBB 71F8 42DB BE9C 38C1BA742A8D

Kenyataan Lee Seung Gi diperkuatkan lagi dengan pendedahan terbuka oleh agensi Lee Da In, 9Ato Entertainment dimana pihak mereka telah mengesahkan rancangan perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In pada hari yang sama dengan pengumuman Lee Seung Gi.
Menurut agensi itu lagi, Lee Seung Gi dan Lee Da In akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 7 April 2023 ini. Bagaimanapun, ia akan menjadi perkahwinan persendirian yang hanya dihadiri saudara mara dan kenalan terdekat.
Pelakon Lee Da In telah membina hubungan yang berharga dengan pelakon Lee Seung Gi sebagai rakan kongsi seumur hidup yang boleh dipercayai. Mereka akan melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada 7 April ini dengan hanya saudara mara dan kenalan rapat daripada kedua-dua belah keluarga.
Harap maklum bahawa kami tidak dapat memberi anda sebarang butiran dan jadual khusus kerana menjaga kepentingan privasi pasangan sejoli itu.
Kami meminta anda merestui mereka dan galakan yang hangat untuk pasangan yang akan selamanya berjalan seiringan menuju masa depan mereka.
Dan kami juga meminta sokongan berterusan dan minat anda terhadap pelakon Lee Da In, yang akan melangkah ke arah permulaan yang baharu.” Menurut 9Ato Entertainment.
Terdahulu pengumuman perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mencetuskan kebimbangan para peminat Lee Seung Gi kerana menyifatkan Lee Da In bukanlah wanita yang layak berada disisi Lee Seung Gi dan bimbang dengan masa depan Lee Seung Gi memandangkan keluarga Lee Da In pernah terpalit dengan konflik penyelewangan saham dan wang.
Baca Lagi: Bakal Mertua Lee Seung Gi Yang Penuh Kontroversi
Baca Juga: Perjalanan Karier Yoo Jae Suk