Home Artis Korea Lee Do Hyun vs Zombieverse dalam “The Strange World”?

Lee Do Hyun vs Zombieverse dalam “The Strange World”?

0

Lee Do Hyun merupakan pelakon lelaki yang berasal dari Korea Selatan yang memulakan debut lakonannya pada tahun 2017 melalui drama siri Prison Playbook.

Kerjaya lakonan Lee Do-hyun semakin berkembang dan dia mula mendapat tawaran untuk watak utama dalam beberapa drama siri yang meletup seperti Hotel del Luna, 18 Again, dan The Glory.

Lee do hyun

Selama 6 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, dia telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Dia memulakan kerjaya lakonannya hanya melalui watak kecil, watak kecil yang telah berjaya membuatnya meraih banyak pujian hingga diberi peluang dan kepercayaan untuk berlakon sebagai watak utama.

2 minggu lepas, laman YouTube “Carrieverse” telah mengeluarkan sebuah klip video berdurasi 4.38 minit, menunjukkan Lee Do Hyun sedang beraksi menentang Zombie dan cubaannya untuk menyelamatkan anjing kesayangannya dari dimakan oleh Zombie. Rujuk klip penuh disini:

Lee Do Hyun menjadi salah seorang pelakon lelaki Korea yang sangat laris. Tidak seperti beberapa orang pelakon lelaki yang lain, Lee Do Hyun berani mencuba dan mengambil tawaran untuk melakonkan watak yang tidak pernah dilakonkan, dia sanggup untuk melakonkan pelbagai karakter unik dan persembahannya memang tidak mengecewakan walaupun hanya untuk tujuan komersial iklan.

Dalam beberapa tahun sahaja, Lee Do Hyun telah berjaya membina tapak dan sangat dikenali kerana mutu lakonannya dan variasi watak yang diambil. Beberapa watak yang telah dilakonkan olehnya sangat berkesan bagi para penonton hingga membuatnya menjadi salah seorang pelakon yang digemari ramai.

Bermula dari genre thriller hingga melodrama, Lee Do Hyun selalu konsisten menunjukkan persembahan terbaiknya sebagai seorang pelakon profesional. Lakonannya sebagai Go Woo Young dalam drama siri 18 Again (2020), berjaya membuatnya dihujani banyak tawaran sebagai watak utama.

IMG 3897
The Glory Lee Do-Hyun as Joo Yeo-jeong in The Glory Cr. Graphyoda/Netflix © 2022

Dia juga mendapat banyak pujian, hasil lakonannya sebagai seorang pemuda pintar dan genius matematik dalam drama siri Melancholia (2021). Transformasi lakonannya dalam drama siri The Glory (2022), telah berjaya menarik perhatian ramai orang.

IMG 3898

Baharu ini, dia kembali menjadi topik perbualan utama apabila mendapat komen positif menerusi lakonannya sebagai Kang Ho dalam drama siri The Good Bad Mother. Dia berjaya menampilkan watak Kang Ho yang mengalami kekurangan upaya dengan memori kanak-kanak yang berusia 7 tahun, selepas mengalami sebuah kemalangan.

Perjalanan kariernya yang stabil, dan keinginannya untuk terus membaiki diri dengan mencuba pelbagai watak, menjadikannya sebagai pelakon yang sangat dipercayai!

Baca lagi: Boikot “Squid Game 2” Kerana T.O.P Big Bang Juga Berlakon Sama?
Baca juga: 9 Kdrama dan Filem Korea Bakal Tayang Julai Ini