Menerusi video di YouTube, Lee Dong Wook berborak dengan seorang pelawak bernama Lee Yongjin. Antara topik yang mereka bersembang adalah tentang perempuan.
Lee Yongjin: Perempuan jenis macam mana yang kau tertarik?
Dong Wook: Aku tak kisah sangat bab penampilan ni, tapi aku suka perempuan berambut pendek. Aku rasa nak pandang dia lagi.
Lee Yongjin: Kau percaya tak pada jodoh?
Dong Wook: Well, aku suka bertemu dengan seseorang secara natural. Selama ni, ada satu perkara yang aku harap berlaku. Sebenarnya bila travel sorang-sorang, kadang aku terbayang gadis idaman ada di sebelah. Tapi itu tak pernah berlaku pun ha…ha…ha (*ketawa kekok).
Lee Yongjin: Dan pernah tak kau menangis sebab tak nak berpisah dalam hubungan lepas-lepas?
Dong Wook: Haha, mestilah pernah. Mungkin sebab aku tak cukup pengalaman lagi masa tu, sampai sekarang pun tak pro bab-bab ni cuma…
Aku pernah menangis di depan kekasih yang nak minta putus. Tak habis-habis aku kata tak nak berpisah dan mahu terus menjayakan (hubungan itu).
Ada satu ketika aku mesej/call ex-gf semasa mabuk. Silakan ejek aku tapi aku rasa kau pun pernah ada pengalaman macam ni kan… Alah, semua orang sama je bila datang bab cinta ni kan?
Lee Yongjin: Ramai pelakon lelaki kahwin lewat sekarang ni termasuk kau. Aku rasa dah ramai anak muda pilih jadi bujang terlajak sebab korang semua lah ni.
Lee Dong Wook: Bukan salah kami kenapa tak kahwin-kahwin lagi! Apa pun aku nak kahwin sebelum masuk umur 50.
Sumber: [1]