Home Artis Korea Lee Hee Jun Pelakon Senior yang Masih Laris, Bintangi 2 Drama dan...

Lee Hee Jun Pelakon Senior yang Masih Laris, Bintangi 2 Drama dan 2 Filem Tahun Ini

0

Lee Hee Jun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelakon Korea yang paling sibuk pada tahun 2024. Hingga bulan Jun ini, pelakon yang dilahirkan pada tahun 1979 tersebut telah membintangi dua buah filem dan juga 2 buah drama.

Projek terbaru Lee Hee Jun yang akan ditayangkan tidak lama lagi adalah filem Handsome Guys. Dalam filem yang mengusung genre seram komedi dan aksi ini, Lee Hee Jun akan bergandingan dengan Lee Sung Min dan Gong Seung Yeon.

IMG 0576

Selain filem tersebut, beberapa projek lakonan Lee Hee Jun yang lain pada tahun 2024 ini juga telah meraih kejayaan. Berikut dibawah ini adalah filem dan drama Lee Hee Jun pada tahun 2024.

 

1. Filem Badland Hunters

Lee Hee JunProjek lakonan pertama Lee Hee Jun pada tahun 2024 adalah filem Badland Hunters. Tayang pada 26 Januari di Netflix, filem aksi distopia ini mengambil latar belakang cerita selepas gempa besar yang melanda Seoul, Korea Selatan. Gempa bumi tersebut mengubah Seoul menjadi gurun apokaliptik. Musibah tersebut membuatkan manusia yang masih hidup perlu menghadapi berbagai-bagai ancaman.

Bukan hanya ancaman dari alam, namun juga ancaman dari diri mereka sendiri. Tambahan pula, dunia kini tidak lagi berlandaskan undang-undang dan hanya diatur oleh kuasa. Terdapat tiga orang individu yang cuba untuk bertahan hidup. Mereka adalah Nam San (Ma Dong Seok) seorang pemburu gurun, Choi Ji Wan (Lee Jun Young) orang kepercayaan Nam San, dan Yang Gi Su (Lee Hee Jun) doktor yang selamat dari bencana.

 

2. Drama A Killer Paradox

0c959014 ea78 47f1 a49f e9edb5fd6255Drama A Killer Paradox yang ditayangkan pada 9 Februari 2024 ini diadaptasi dari webtoon, drama ini mengikuti kisah seorang pelajar, Lee Tang (Choi Woo Sik) yang bekerja sambilan di sebuah pasar raya. Suatu malam, dia bergaduh dengan seorang lelaki mabuk yang kasar dan tidak sengaja membunuhnya.

Hidup dengan rasa bersalah, Lee Tang menyedari bahawa lelaki yang dibunuhnya adalah seorang pembunuh bersiri yang telah menjadi buruan polis selama 4 tahun terakhir. Lee Tang juga menyedari bahawa dia memiliki kebolehan luar biasa untuk mengenali orang yang kejam. Untuk menghukum para penj nayah, Lee Tang beraksi menjadi seorang pembunuh.

Namun, aksinya dicurigai oleh seorang detektif senior Jang Nan Gam (Son Suk Ku) yang sedang menangani kes kematian pembunuh bersiri. Sementara itu, ada juga bekas detektif Song Chon (Lee Hee Jun) yang juga mencari Lee Tang.

 

3. Drama Blood Free

71a6fd8e 62b5 4ece af16 ed2a771bebebPada 10 April 2024, Lee Hee Jun kembali membintangi drama yang berjudul Blood Free. Drama yang menggabungkan genre sains fiksyen dan thriller ini mengisahkan tentang penemuan daging tiruan oleh Yoon Ja Yoo (Han Hyo Joo), CEO BF. BF adalah syarikat yang sedang menjadi tumpuan utama dalam industri pembuatan di Korea Selatan.

Walaupun BF berjaya menguasai pasaran dengan produknya, muncul banyak protes dan kritikan. Terdapat kebimbangan bahawa daging tiruan tersebut mungkin mengandungi bakteria berbahaya, tetapi Ja Yoo tetap teguh pada pendiriannya. Kemudian, pelbagai kejadian mula menimpa Ja Yoo, yang mengancam keselamatannya kerana penemuannya tersebut.

Untuk melindungi CEO BF, Woo Chae Woon (Ju Ji Hoon), seorang veteran tentera yang menjadi pengawal pribadi, diupah untuk mengawal Ja Yoo. Mereka terlibat dalam peristiwa kematian misteri dan gangguan yang tidak dijangka. Sun Woo Jae (Lee Hee Joon), seorang penguasa Korea yang menjadi perdana menteri, ternyata memiliki keinginan untuk menguasai syarikat BF dan merebutnya dari Ja Yu.

 

4. Filem Handsome Guys

fce0cd57 7d96 4d2a bb4a 5960230b1deeProjek lakonan terbaru dari Lee Hee Jun adalah filem Handsome Guys. Filem yang menggabungkan genre komedi, aksi, dan seram ini akan menceritakan tentang dua orang sahabat yang merupakan tukang kayu, iaitu Jae Pil (Lee Sung Min) dan Sang Koo (Lee Hee Jun). Mereka memiliki keinginan untuk hidup damai di perkampungan.

Suatu hari, mereka membeli rumah di daerah pegunungan. Semasa mereka berpindah di rumah baru yang mereka impikan, para penduduk menyangka mereka berdua adalah orang jahat kerana berpenampilan aneh. Namun, Jae Pil dan Sang Koo tiba-tiba menemui rahsia yang mengejutkan di ruang bawah tanah rumah baru mereka.

Ternyata, 66 tahun yang lalu terjadi sebuah kejadian menyeramkan di rumah tersebut. Terdapat seorang wanita yang dirasuk roh jahat. Seorang pendeta yang cuba mengubati wanita tersebut melakukan pengusiran roh di ruang bawah tanah rumah tersebut. Lalu apakah yang akan terjadi pada Jae Pil dan Sang Koo?

Filem Handsome Guys akan ditayangkan secara perdana pada 26 Jun 2024 di pawagam-pawagam seluruh Korea Selatan.

Walau cukup banyak drama dan filem lakonan Lee Hee Jun pada tahun 2024 ini, namun watak yang dibawanya adalah berbeza-beza dan pelbagai. Pada tahun ini dia telah membawa watak sebagai doktor yang bertahan hidup di era apokaliptik, seorang bekas detektif, menteri yang kejam dan tamak, dan juga tukang kayu yang terpaksa berurusan dengan roh misteri dalam filem terbarunya Handsome Guys.

Baca lagi: Yeo Jin Goo Bawa Watak Villain, Pembawa Malapetaka dalam Filem Terbaru “Hijacking”
Baca juga: 10 Drama Korea Jenayah Thriller Tentang Janayah Dunia Dadah yang Penuh Misteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here