Penampilan Lee Jae Wook sebagai cameo mencuri perhatian!
Kill Boksoon telah ditayangkan pada 31 Mac 2023 di platform streaming Netflix. Jalan cerita dan lakonan para bintang dalam filem ini dihujani dengan banyak pujian daripada para peminat filem dari Korea Selatan dan juga para peminat di peringkat global.
Selain itu, penampilan Lee Jae Wook sebagai cameo dalam filem ini juga sempat berjaya menarik perhatian ramai. Maklum sahaja, pelakon lelaki tampan ini baru sahaja meledak namanya kerana lakonan hebatnya dalam siri drama Netflix Alchemy of Souls. Jom sama-sama kita baca apakah peranan Lee Jae Wook dalam Kill Boksoon (2023) ini:
Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!
Baca Lagi: Suka Scream 6? Jom Semak 7 Filem Slasher Klasik Yang Menegangkan Ini
1. Membawa watak Cha Min Kyu sewaktu muda
Lee Jae Wook membawa watak sebagai Cha Min Kyu semasa muda dalam filem Kill Boksoon (2023). Manakala karakter Cha Min Kyu dewasa dilakonkan oleh Sol Kyung Gu.
Sewaktu mudanya, Cha Min Kyu sudah membuat kerja-kerja haram sebagai seorang pembunuh profesional. Manakala pada masa kini dia sudah menjadi ketua kumpulan MK Enterprise yang merupakan sebuah organisasi yang menyediakan pembunuh profesional.
2. Bertugas untuk membunuh ayah Gil Bok Soon
Cha Min Kyu bertugas untuk membunuh ayah Gil Bok Soon (Jang Hyun Sung). Ayah Gil Bok Soon merupakan seorang pegawai polis. Cha Min Kyu muda ditugaskan untuk membunuh ayah Gil Bok Soon. Misteri masih kekal misteri apabila sehingga filem berakhir, orang yang mengupah Cha Min Kyu untuk membunuh ayah Gil Boksoon tidak pernah ditunjukkan.
3. Secara tidak langsung menjadi penyebab Gil Bok Soon tumbuh sebagai seorang pembunuh
Cha Min Kyu merancang untuk mereka cerita pembunuhan ayah Gil Bok Soon sebagai bunuh diri. Sayangnya, Gil Bok Soon muda (Park Se Hyun) yang sepatutnya masih di sekolah telah pulang lebih awal. Pada awalnya, Cha Min Kyu ingin menyingkirkan Gil Bok Soon yang merupakan seorang saksi mata. Tetapi akhirnya Gil Bok Soon sendiri yang menolak kerusi yang dipijak oleh ayahnya dan menyebabkan ayahnya meninggal dunia dalam posisi sedang menggantung diri.
4. Mula tercetusnya peraturan dilarang membunuh anak di bawah umur
Alasan lain kenapa Cha Min Kyu tidak segera menembak Gil Bok Soon adalah kerana peraturan yang dia patuhi. Dia mempunyai seorang adik perempuan yang masih muda, dia membuat keputusan untuk tidak membunuh mereka yang masih di bawah umur!
Dalam sisi lain, Gil Bok Soon yang muda bertanya tentang maklumat dari peraturan yang diikuti oleh Cha Min Kyu. Secara tidak langsung, Gil Bok Soon memberikan idea kepada Cha Min Kyu agar membuat peraturan untuk tidak membunuh mereka-mereka yang masih di bawah umur.
5. Hanya tampil selama 3 minit dalam Kill Boksoon (2023)
Penampilan Lee Jae Wook dalam filem Kill Boksoon sebagai cameo hanya sebentar sahaja, dia muncul sekitar tiga minit. Walaupun begitu, kehadiran Lee Jae Wook sangat berjaya mencuri perhatian. Lebih-lebih lagi, potongan rambut dan gaya berbicara Lee Jae Wook benar-benar mirip dengan Sol Kyung Gu.
Walaupun cuma tampil dalam tempoh masa yang sangat singkat, tetapi Lee Jae Wook berjaya membuatkan para peminatnya tidak keruan. Sebenarnya ramai yang berharap agar Lee Jae Wook diberikan watak bukan sekadar cameo, para peminat setia pastinya mahu lebih lagi dari pelakon kacak ini!
Baca Juga: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon