Home Entertainment Lee Je Hoon Kian Memukau

Lee Je Hoon Kian Memukau

0

Lee Je-hoon dilahirkan pada 4 Julai 1984 adalah seorang pelakon Korea Selatan yang sangat berbakat besar. Dia memulakan kariernya melalui filem-filem indie, kemudian dia muncul dalam filem komersial seperti The Front Line (2011), Architecture 101 (2012) dan My Paparotti (2013), dan siri televisyen seperti Fashion King (2012), Secret Door (2014 ), Signal (2016), Tomorrow With You (2017) dan Where Stars Land (2018).

6080B104 A5F1 4F8D 9B19 92AE5F0D31D7

Ketika Lee Je-hoon menyedari bahawa dia ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan, dia berhenti dari jurusan Bioteknologi di Universiti Korea dan berpindah ke jurusan drama di Universiti Kebangsaan Seni Korea.

Dari tahun 2006 hingga 2010, Lee membuat kemunculan dalam lebih dari 18 buah filem pendek terbitan pelajar-pelajar seni yang juga filem indie, terutamanya filem jenis remaja romantik yang berjudul ‘Just Friends?’ Dia juga tampil sebagai pelakon tambahan dalam beberapa filem komersial seperti filem thriller erotik The Servant dan komedi romantik Finding Mr. Destiny.

Jom baca beberapa senarai menarik mengenai pelakon Taxi Driver ini!!

F9A14F6A 4F86 4A26 AA1E BBC12BBA0D4E

1.) Pernah belajar bidang bioteknologi

Lee Je Hoon sempat mengambil jurusan Bioteknologi di Korea University, namun pada tahun kedua, dia memutuskan untuk bertukar ke Korea National University of Arts demi mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelakon.

E9685D07 CCF7 41E0 BF4C 1091C285FDB6

Universiti Korea adalah salah satu dari tiga universiti paling berprestij di Korea Selatan, jadi pastinya sangat sukar untuk melayakkan diri ke universiti tersebut. Semestinya Lee Je Hoon adalah seorang pelajar yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dan sangat pintar sehingga berjaya menempatkan diri di universiti ternama seperti itu.

2.) Mula berlakon pada tahun 2007

Lee Je Hoon memulakan kerjaya dalam dunia seni lakonan melalui film-filem indie. Selama lebih dari satu dekad dia telah membintangi beberapa drama siri dan filem dengan pelbagai genre. Sebut Sahaja apa-apa genre yang ada, semuanya mampu dilakonkan oleh pelakon berbakat besar ini. Genre romantik, thriller, jenayah dan lain-lain adalah kepakaran pelakon ini.

B43EE4B2 9C2E 4F6F BF14 1BE66776E5C9

Wataknya yang paling menonjol adalah dari filem Bleak Night, Architecture 101, I Can Speak, dan Time To Hunt. Senarai dramanya siri yang menaikkan nama Lee Je Hoon adalah seperti Signal, Tomorrow With You, dan Where Stars Land, serta Taxi Driver.

 


3. Mempunyai bakat nyanyian

Selain berlakon, Lee Je Hoon juga rupa-rupanya boleh menyanyi. Pelakon kacak ini memiliki suara yang sangat merdu yang suaranya sangat sesuai dengan lagu-lagu yang menyentuh hati dan mendayu-dayu.

DC6027ED 6BDC 483D B257 24B3CF38511BLee Je Hoon sekali-sekala menunjukkan bakat nyanyiannya dalam rancangan TV seperti Happy Together. Dia juga selalu menyiapkan lagu untuk para peminat sewaktu menjayakan fan meeting atau apa-apa majlis bertemu peminat.

4. Pernah menyertai kelab tarian

Siapa sangka Lee Je Hoon pernah bergabung dengan kelab tarian hip hop di universitnya dahulu. Dia juga pernah mempamerkan bakat menari di pelbagai acara.

4F1F89A7 0D99 4F3B A5EE E75A9DDD75ADPelakon ini menunjukkan bakat tarian sewaktu menjalani latihan wajib ketenteraan di Unit Promosi Khusus Polis Metropolitan Seoul dari tahun 2012-2014. Selain itu Lee Je Hoon dan pasukannya juga tampil di festival universiti dan acara lainnya.

5. Peminat setia G-Dragon

Lee Je Hoon merupakan salah seorang peminat setia G-Dragon. Dia pernah berkesempatan untuk berjumpa dengan pemuzik yang mesta disapa GD itu ketika muncul dalam acara Infinity Challenge.

4592FAA1 F255 417F B524 82CA517E8174Menurut Lee Je Hoon, bertemu G-Dragon di lokasi penggambaran merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan baginya. Dia juga pernah menonton konsert GD.

Baca Lagi: Fakta Menarik Dan Wajah Sebenar Madam Lim Taxi Driver

Baca Juga: Fakta Menarik Perkahwinan Jang Nara