Pelakon Lee Ji Ah dilahirkan pada 2 Februari 1978. Dia membuat debutnya dalam dunia hiburan pada tahun 2004 melalui iklan TV. Dia mula berlakon dalam drama MBC bertajuk “The Legend” pada tahun 2007. Lakonan pertamanya memenangi anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Drama MBC.
Nama Lee Ji Ah menjadi perhatian umum dan namannya memuncak naik selepas membuat kemunculan dalam drama makjang yang pernah hit dan viral sehingga 3 musim, The Penthouse (2020-2021).
Bagi anda yang meminati lakonan pelakon cantik Lee Ji Ah ini, berikut dibawah adalah 3 drama hebat lakonannya yang boleh anda tonton di Viu.
QUEEN OF DIVORCE (2024)
Queen of Divorce, adalah salah satu drama Korea 2024 yang paling dinantikan dan telah pun disiarkan sejak 31 Januari 2024 lalu.
Drama Queen of Divorce ini diarahkan oleh Park Jin Seok dan akan dibintangi pelakon Lee Ji Ah, Kang Ki Young, Oh Min Seok, Na Young Hee, Kim Sun Young, Lee Tae Gu dan Seo Hye Won. Drama ini juga menjadi drama terbaru yang dibintangi Lee Ji Ah selepas lakonannya dalam The Penthouse dan Pandora: Beneath the Paradise.
Queen of Divorce mengikuti kisah Lee Ji Ah di mana dia akan memainkan watak Sara Kim, menjadi seorang pakar dalam isu perceraian terbesar di Korea selepas dikhianati dan dianiaya oleh suaminya sehingga menyebabkan dia kehilangan segala-galanya.
Bukan itu sahaja, Sara Kim juga pernah dipenjarakan selepas dikhianati oleh suaminya. Untuk melihat anaknya semula, Sara Kim bertekad untuk melemparkan bekas suaminya ke dalam penjara atau menjatuhkannya sehingga dia kehilangan semua hartanya.
Selepas kejadian ini, Kim Sara berubah menjadi seorang wanita yang kini pakar dalam menyelesaikan masalah penceraian untuk mereka yang kurang bernasib baik dalam perkahwinan.
Dalam drama ini, dia bekerjasama dengan seorang peguam terkenal di firma bernama Dong Ki Joon (Kang Ki Young) untuk memberikan bantuan kepada pelanggan yang berada dalam situasi perceraian yang tidak adil. Dong Ki Joon, yang mempunyai intuisi yang tajam, kemudian menjadi rakan kongsi perniagaan Sara Kim serta peguam penasihat untuk syarikat Solution.
Mereka berdua bekerjasama untuk memberikan hukuman paling berat kepada pasangan yang menyebabkan komplikasi dalam rumah tangga.
Terdiri daripada 12 episod, Queen of Divorce boleh distrim di Viu setiap Rabu dan Khamis sehingga 7 Mac 2024!
Tonton disini
THE GHOST DETECTIVE (2018)
Jom kita sama-sama memburu hantu di “THE GHOST DETECTIVE”! Jika suka kdrama “Hotel De Luna”, “The Master’s Sun”, bolehlah layan kdrama ini!
Disini, Lee Ji Ah membawa watak sebagai ROH JAHAT BERBAJU MERAH yang bernama Sun Woo Hye.
Drama ini mengisahkan tentang seorang Detektif penyiasat persendirian Lee Da Il (Choi Daniel) yang harus berdepan dengan sebuah tragedi dimana dia dibunuh ketika melakukan penyiasatan keatas kes kehilangan kanak-kanak.
Ketika Detektif Da Il menjadi roh/hantu, dia juga harus berdepan dan berlawan dengan roh jahat lain iaitu Sun Woo Hye (Lee Ji Ah). Pertarungan antara kedua-dua mereka ini cukup sengit dan saspen. Sun Woo Hye digelar Roh Jahat Berbaju Merah dan ramai nyawa manusia mati disebabkan perbuatan jahatnya, ini termasuklah orang kesayangan Detektif Da Il.
Sementara itu, Jung Yeo-wool (Park Eun Bin) seorang sahaja yang dapat melihat roh Detektif Da Il dan roh jahat. Mereka berdua akhirnya bekerjasama menyiasat misteri kewujudan roh jahat berbaju merah dan punca-punca kematian misteri yang berlaku disekeliling mereka.
THE GHOST DETECTIVE ini WAJIB ditonton bagi peminat genre penyiasatan yang dipadu hebat dengan kisah misteri, mistik, seram serta thriller!
Tonton disini
THE PENTHOUSE (2020-2021)
Lee Ji Ah menjadi perbualan hangat sejak membintangi drama Korea The Penthouse. Dia terkenal dengan peranannya sebagai Shim Su Ryeon, seorang wanita anggun yang berasal dari keluarga kaya tetapi mempunyai kehidupan yang tragis.
Wataknya, Shim Su Ryeon berkahwin dengan Joo Dan Tae (lakonan Uhm Ki Joon), yang menjalinkan hubungan sulit dengan Cheon Seo Jin (lakonan Kim So Yeon). Lee Ji Ah membuatkan penonton The Penthouse bersimpati dengan kisah cintanya.
The Penthouse memaparkan kisahnya dalam sebuah bangunan tinggi yang mewah – Istana Hera, yang menjulang di atas latar langit Seoul diman penduduknya yang taksub kuasa tidak akan berhenti untuk memastikan anak-anak mereka memasuki sekolah Seni Cheong-ah yang berprestij tinggi dan hanya dikenali dikalangan golongan elit.
Lee Ji Ah menarik perhatian semasa sepanjang penyiaran drama Korea The Penthouse. Pelakon itu menerima pujian kerana kemahiran lakonannya sebagai Shim Su Ryeon. Susulan populariti The Penthouse, drama makjang ini diteruskan sehingga ke musim ketiga. Lee Ji Ah diperkenalkan sebagai Na Ae Kyo, kerana Shim Su Ryeon dikatakan telah meninggal dunia.
The Penthouse ialah ciptaan penulis veteran Kim Soon-ok, yang terkenal kerana mengarang beberapa drama ala makjang paling popular di Korea, termasuk Temptation of a Wife 2008. Sama seperti karyanya sebelum ini, drama The Penthouse ini penuh dengan subplot jahat dan pengkhianatan jahat, digabungkan dengan pendedahan yang mengejutkan dalam setiap episod sepanjang penyiarannya selama 3 musim.