Home Artis Korea Lee Joon Gi Bakal Membuat Penampilan Sulungnya di Malaysia pada September 2024

Lee Joon Gi Bakal Membuat Penampilan Sulungnya di Malaysia pada September 2024

0

Peminat-peminat drama Korea dan peminat Lee Joon-gi khususnya sudah pasti gembira mendengar khabar ini. Tarikh 22 September 2024, akan menjadi hari yang paling diingati.

Ini kerana pelakon dan penyanyi berbakat besar dari Korea Selatan iaitu Lee Joon-gi yang telah memikat hati ramai peminat di dalam dan di luar negara telah bersiap sedia untuk mengadakan pertemuan dengan peminat buat pertama kalinya di Malaysia “Jelajah Asia Lee Joon-gi 2024 <Joongi’s Day: Festival> “ di Kuala Lumpur.

Lee joon gi

Para peminat setia yang telah mengikuti karya-karyanya selama ini akhirnya akan berpeluang untuk melihatnya secara peribadi. Pasti sahaja akan menjadi sebahagian dari pengalaman indah dapat interaksi dengan artis pujaan.

Satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan, dan para peminat juga bakal menikmati persembahan menarik daripada Lee Joon Gi yang serba boleh dan pastinya menghiburkan. Siapa tidak tahu, bintang ini juga terkenal dengan gerakan tarian yang sempurna dan mengagumkan.

Lee Joon Gi memulakan kerjayanya sebagai model sebelum dia menjadi terkenal dengan wataknya yang sangat berkesan dalam filem The King and the Clown pada tahun 2005, dalam filem itu kualiti lakonan dan persembahanannya yang menarik mendapat pujian yang sangat meluas.

e782fbdf 4c5d 461d 9e4d 957456353224Dikenali dengan gaya lakonan yang memukau dan mata yang penuh ekspresif, Lee Joon Gi telah menunjukkan pencapaian yang luar biasa sepanjang kerjayanya. Dia telah mengambil pelbagai watak dalam Kdrama sageuk seperti Iljimae, Scholar Who Walks the Night, Arang and the Majistret, dan Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo bersama IU, sehingga dia mendapat gelaran ‘Raja Sageuk’.

Sesuai dengan reputasinya sebagai pelakon yang serba boleh, dia juga pernah membintangi Kdrama pelbagai genre seperti Arthdal Chronicles, Again My Life, Flower of Evil bersama Moon Chae-won, Lawless Lawyer dengan Seo Yea-ji, dan banyak lagi. Lee Joon Gi memulakan kerjaya di Hollywood melalui filem Resident Evil: The Final Chapter 2016.

Kebolehannya untuk menggambarkan watak-watak yang kompleks dengan kedalaman dan nuansa yang baik telah memberikannya pengaruh yang kuat dan juga pengiktirafan positif dari para pengkritik, mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang bintang Hallyu yang paling terkenal.

Sumber: STAR

Baca lagi: Kdrama Signal Musim ke-2 Bakal Memulakan Proses Penggambaran pada Akhir Tahun 2024
Baca juga: Minat Moon Ga Young? Tonton 4 Kdrama Menariknya Ini