Pada 27 Februari, Lee Jung Jae dan Jung Ho Yeon telah menjawab beberapa soalan daripada wartawan di belakang pentas selepas memenangi anugerah di ’28th Screen Actors Guild Awards (SAG).’
Pada hari tersebut, kedua-dua pelakon ‘Squid Game’ itu dihadapkan dengan soalan yang agak kurang sopan daripada salah seorang wartawan.
Seorang wartawan dari Access Hollywood bertanya kepada Lee Jung Jae dan Jung Ho Yeon, “Sekarang awak berdua merupakan pemenang SAG, apakah perkara yang paling anda rindui sebelum nama anda menjadi terkenal?”
Lee Jung Jae tersenyum dan tidak menjawab manakala Jung Ho Yeon menjawab, “Nothing!”
Selepas temu bual ditayangkan pada hari yang sama, netizen Korea bingung kerana perkara ini pernah berlaku sebelum ini.
Pada November tahun lalu, Lee Jung Jae telah ditemu bual oleh seorang wartawan dari rancangan TV selebriti Amerika EXTRA dalam meraikan kejayaan siri Netflix.
Semasa temu bual, wartawan itu bertanya, “Untuk anda, saya pasti anda tidak boleh keluar rumah lagi tanpa orang mengenali anda. Apakah perubahan hidup terbesar anda sejak siri itu dikeluarkan?”
Sekali lagi, pelakon-pelakon itu diajukan soalan yang agak biadab kerana mereka berdua memang sudah aktif sebelum drama bersiri ‘Squid Game’ ditayangkan lagi.
Ramai berpendapat soalan itu tidak masuk akal dan tidak sopan kerana Lee Jung Jae telah menjadi bintang di Korea Selatan sejak 1990-an, dan Jung Ho Yeon telah bekerja sebagai model terbaik selama sedekad di peringkat antarabangsa.
Netizen Korea mengulas, “Itu soalan yang tidak masuk akal,” “Jung Ho Yeon sudah terkenal di peringkat antarabangsa sebagai model,”
“Saya rasa wartawan itu tidak membuat ‘homework’,” “Hanya kerana mereka tidak dikenali di Amerika, mereka tidak terkenal? hihi,” “Tiada sesiapa yang tidak mengenali Lee Jung Jae di Korea, lol,”
“Lee Jung Jae sentiasa menjadi bintang terkenal sebaik sahaja dia debut,” dan “Jung Ho Yeon adalah salah seorang daripada model terkenal di peringkat antarabangsa, lol,”
Baca lagi: Pelakon “Squid Game” Raih Trofi Golden Globes, Ini Komen Ogy
Sumber: allkpop