Semasa menerima trofi dalam ‘Anugerah Hiburan MBC 2021’ untuk kategori drama, Lee Junho memulakan ucapan “Hello, ini Lee Junho 2PM…”
Hal itu serta-merta menarik perhatian ramai kerana Lee Junho masih menyebut 2PM walaupun kini dia bergerak solo sebagai pelakon.
Menerusi temu ramah dengan Wikitree, Junho mengaku yang dia masih sayangkan band dia, 2PM. Namun dia berasa ralat tentang satu perkara.
“Sudah beberapa kali saya sebut nama dengan 2PM setiap kali masuk TV. Semasa mempromosi 2PM dulu, saya tak ada kekuatan untuk bantu buat publisiti terhadap grup ini. Perkara itu menyakitkan dan membengkak dalam diri ini.
“Saya mula berlakon, debut sebagai penyanyi solo di Jepun, menjelajah dan terima banyak perhatian.
“Tetapi perasaan saya terhadap 2PM tidak pernah berubah, sudah terpahat kukuh jadi situasi biasa untuk saya cakap, ‘Hello, ini Lee Junho 2PM…’ tanpa sebarang niat lain.”
Ketika ditanya adakah dia masih sayangkan 2PM, jawabnya, “Ya, betul tu.”
Drama sageuk lakonannya, ‘The Red Sleeve’ yang menang pada malam itu mengisahkan kisah romantis dan rumit antara raja dengan dayang istana. Jun ho pegang watak utama sebagai sang raja.