Home Kdrama/Kmovie Movie Lee Min Ki Jadi Pengusir Syaitan dalam Filem Seram Terbaru “Devils Stay”,...

Lee Min Ki Jadi Pengusir Syaitan dalam Filem Seram Terbaru “Devils Stay”, Tayang November Ini

0

Filem yang membawa genre seram yang dibintang oleh Lee Min Ki iaitu Devils Stay akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Lee min ki

Pihak penerbitan filem ini telah mengumumkan jadual atau tarikh tayangannya di pawagam. Dalam projek filem layar perak terbarunya tersebut, pelakon terkenal dan berbakat besar ini bakal membawa watak sebagai seorang pastor yang melakukan ritual pengusiran syaitan.

Bukan hanya itu, filem Devils Stay juga merupakan filem pertama Lee Min Ki selepas dua tahun terakhir dia membintangi filem Decibel pada tahun 2022.

Berikut ini adalah sinopsis dan beberapa perkara menarik lain tentang filem seram Devils Stay. Mari sama-sama kita lihat!

 

1. Sinopsis filem Devils Stay

IMG 7151

Filem seram Devils Stay menceritakan tentang anak perempuan Cha Seung Do (Park Shin Yang) yang meninggal dunia secara tiba-tiba. Majlis untuk kematiannya itu akan dilaksanakan dalam 3 hari berturut-turut. Namun semasa proses pengkebumian, iblis bangkit dari jantung mayatnya.

Sementara itu, pastor Katolik Van (Lee Min Ki) adalah orang yang bertanggungjawab membantu mereka di tengah-tengah kekacauan yang mengejutkan itu. Pastor Van mula melakukan ritual pengusiran syaitan, ritual ini diadakan untuk mencegah apa-apa perkara yang jahat muncul dalam hati seorang anak yang telah meninggal dunia. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

 

2. Senarai pelakon yang membintangi filem Devils Stay

IMG 7153

Nampaknya hingga kini, pihak Showbox hanya mendedahkan nama-nama pelakon utama bagi filem seram Devils Stay, termasuk Lee Min Ki. Berikut ini adalah senarai pelakon yang telah dikongsikan oleh pihak Showbox:

Park Shin Yang melakonkan watak sebagai Cha Seung Do
Lee Min Ki melakonkan watak sebagai Pastor Van
Lee Re melakonkan watak sebagai Cha So Mi

 

3. Tarikh tayangan filem Devils Stay

IMG 7150

Walau tarikh tayangan sebenar bagi filem ini belum didedahkan kepada umum, filem seram Devils Stay dijadualkan akan ditayangkan secara perdana di pawagam-pawagam Korea Selatan pada bulan November 2024 akan datang. Sementara itu, untuk tarikh tayangan di Malaysia pula akan disahkan secepatnya oleh distributor setempat, nantikan ya!

Baca lagi: Bawa Penonton Hanyut dalam Siasatan Jenayah, Ini 9 Watak Profiler dalam Kdrama Thriller yang Diingati
Baca juga: 8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here