Pelawak Lee Se-young atau lebih glamor dipanggil ‘Dayah’ di Malaysia berkongsi perkembangan terkini bersama teman lelakinya baru-baru ini.
Lee Se-young mengumumkan hubungan cintanya dengan teman lelaki Korea-Jepun yang lebih muda sejak 2019. Mereka berdua mengendalikan saluran ‘Youngpyeong TV’ di YouTube bersama-sama.
Hidung baru Se-Young yang mancung itu turut mencuri perhatian ramai. Terdahulu, Se-Young memuat naik vlog tentang pembedahan hidungnya di YouTube salurannya.
Baca lagi: Pelawak Lee Se-Young A.K.A Hidayah Daebaking Semakin Cantik Dengan Hidung Baru
Baca lagi: Kenal Jejaka Kelantan, Gadis Korea Ini dapat Hidayah
Terkini dia berkongsi khabar yang dia bakal berkahwin dan menerima banyak ucapan tahniah. Namun baru-baru ini dia mengumumkan di Instagram untuk berehat sementara waktu daripada aktiviti di YouTube.
“Kami akan mulakan beberapa projek terbaru, jadi channel kami akan direhatkan selama sebulan. Saya akan kembali dengan video-video menarik nanti.” kata Se-Young sambil belanja sekeping gambar selfie dengan kekasihnya, Ippei.
Mendengarkan situasi Lee Se-young itu, para peminatnya di Instagram tinggalkan komen seperti berikut:
“Saya akan tunggu awak di Youngpyeong TV”
“Balik semula selepas berehat cuku-cukup.”
“Pasangan secocok”.
Sumber: [1]