SPOILER:
Drama siri The Secret Romantic Guesthouse (2023) mendedahkan fakta yang cukup mengejutkan pada episod ke-8. Kang San (Ryeoun) yang telah lulus ujian negara dan dia perlu memenuhi janjinya kepada Yoon Dan O (Shin Ye Eun). Dia bersedia memberitahu perkara sebenar dan mendedahkan identiti asalnya apabila berjaya menjadi pegawai istana.
Kang San telah mengakui bahawa dia adalah Lee Seol (Ryeoun) yang selama ini diburu oleh ramai orang. Jika fakta tersebut benar, maka Kang San mempunyai peluang untuk medapatkan kembali hidupnya sebagai Lee Seol atau mungkin dia akan menaiki takhta.
Jom kita lihat bukti bahawa Lee Seol bakal menaiki takhta yang dapat diambil dari adegan-adegan dan watak-watak dalam drama siri ini:
1. Beberapa watak secara terang-terangan memihak kepada Lee Seol yang baru sahaja diketahui sebagai Kang San
2. Contohnya, seperti penjaga Lee Seol iaitu Shin Won Ho (Ahn Nae Sang), Hwa Ryeong (Han Chae Ah), dan juga sampai Permaisuri Balu (Nam Gi Ae)
3. Tidak dapat disangkal lagi, sebenarnya mereka mencari Lee Seol agar waris yang terbuang itu dapat menaiki takhta, Lee Seol juga turut dianggap sebagai pembawa kemakmuran bagi kerajaan Joseon
Baca Lagi: 9 Info Menarik The Secret Romantic Guesthouse
4. Sementara itu, Permaisuri Balu nampak begitu bimbang akan keadaan cucunya iaitu Lee Seol, yang dia ketahui telah membesar di luar istana
5. Tanpa berselindung, Permaisuri Balu juga memerintahkan Shin Won Ho untuk dapat mencari waris sebenar putera mahkota yang telah digulingkan tersebut
6. Mengenai Raja Lee Chang (Hyun Woo), Permaisuri Balu juga mengatakan bahawa dia tidak akan membiarkannya memimpin Joseon dengan lebih lama
7. Alasannya adalah kerana, dia merasa begitu takut jika kekejaman Lee Chang akan membawa pengaruh buruk bagi negara Joseon pada masa yang akan datang
8. Sementara itu, Kang San yang telah berjaya lulus ujian sebagai pegawai istana itu nampaknya memang mempunyai tujuan tersembunyi dan dia mempunyai misi tersendiri
9. Kang San juga berani meminta dari Lee Chang untuk bertugas dalam istana bagi berkhidmat kepada Raja Lee Chang sebagai pegawai terdekat dengan raja yang kejam itu
Kembalinya Kang San ke dalam istana, menguatkan teori tentang Lee Seol yang dapat menaiki takhta. Apakah Kang San akan berjaya dengan caranya sendiri atau dia akan mendapat bantuan dari Permaisuri Balu? Sama-sama kita nantikan!
Baca Juga: Siapakah Sebenarnya Kim Shi Yeol Dalam “The Secret Romantic Guesthouse”?