Home Reality Show Lee Seung Gi Kata Bekas Suami Personaliti TV Ini Psikopat

Lee Seung Gi Kata Bekas Suami Personaliti TV Ini Psikopat

0

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Lee Seung Gi hilang sabar dalam episod terbaru program TV SBS, Circle House.

Menerusi rancangan temu bual itu, seorang personaliti TV dan ibu tunggal bernama Chae Yoon yang tampil sebagai tetamu jemputan buka cerita tentang kisahnya yang berkahwin dan bercerai dengan lelaki dari luar negara.

2a

Pada mulanya dia enggan bercerai, namun akhirnya mengalah dengan syarat dia diberikan hak penjagaan penuh anak perempuan mereka. Dia turut mendedahkan momen yang menyakitkan itu.

“Semasa proses perceraian itu, dalam diam dia seksa mental saya, selamanya meninggalkan parut luka dalam hidup saya.” kata Kim Chae Yoon.

aaa

 

Lee Seung Gi yang menjadi salah seorang panel hos dan terkenal dengan sikapnya yang tenang serta-merta melabel bekas suami Kim itu sebagai seorang psikopat.

1a 1

Manakala seorang lagi panel iaitu pelakon Park Jae Min pula mencelah, “Kamu buat keputusan yang tepat apabila bawa balik sekali anak ke Korea.”

Ketika ditanya sama ada dia masih berhubung dengan bekas suaminya, Kim Chae Yoon menjawab, “Saya tidak mahu putuskan hubungan anak dengan bapanya. Jika tidak kerana Covid-19, saya mahu mereka bertemu tetapi dia (bekas suami) tidak mengendahkan pun mesej saya bila hantar gambar anak kepadanya.

“Malah ada gambar perempuan lain di dalam telefonnya. Saya rasa mungkin dia langsung dah tak teringatkan anaknya…”

4a 1

Kim Chae Yoon turut mendedahkan dia hanya menerima ₩200,000 KRW (hampir RM 700) setiap bulan sebagai nafkah. Bapa bekas suaminya merupakan seorang angota Parti Komunis China yang berpangkat tinggi dan memiliki perniagaan yang besar. Oleh itu, menyaman mereka bagi menuntut hak yang lebih banyak dirasakan sia-sia.

Dengan wang nafkah tersebut, bantuan kerajaan dan gaji mengajar di sebuah sekolah, kini dia membesarkan anak secara bersendirian.

“Sekiranya anak saya masih tinggal di China bersama bapanya, mungkin dia dibesarkan tanpa kesempitan wang. Saya risau membuat keputusan yang salah bila membawanya bersama saya.” kata Kim lagi dengan air mata yang berlinangan.

Pelakon Han Ga In menenangkan wanita itu dengan mengatakan bahawa anak perempuannya akan memahami situasinya suatu hari nanti. Seorang ibu sejati tidak akan pernah meninggalkan anaknya begitu sahaja, memang akan kepit sekali walau macam mana pun.

Kim Chae Yoon popular setelah membintangi dating show ‘Return Again’ di mana dia pertama kali mendedahkan statusnya sebagai ibu tunggal. Ramai penonton menyokong usaha dan perkembangan wanita tersebut.

Sumber: [1]