Lee Seung Gi meluahkan perasaan kurang senang dan masalahnya dalam industri hiburan dalam rancangan realiti ‘Master in the House’.
“Ada satu ketika tu saya rasa sukar untuk berkomunikasi.” kata Lee Seung Gi
“Saya mula jadi pelakon pada tahun 2004, sekarang hampir 18 tahun saya berada dalam industri. Sudah cukup tua, masak dan matang namun ada beberapa senior yang masih anggap saya seperti budak sekolah mentah.”
Ketika ditanya adakah senior tersebut adalah Lee Sun Hee dan Kang Ho Dong yang rapat dengannya sejak awal karier, Lee Seung Gi terus jawab dengan tegas, “Eh takkk, bukan diaorang!”
Meneruskan kisahnya, Lee Seung Gi berkata, “Adalah beberapa senior ni… bila bercakap dengan saya ni membuatkan saya terasa macam dilayan seperti pelajar sekolah, bukan orang dewasa. Jadi rasa kekok nak berkomunikasi dengan mereka.”
Kim Chang Ok, pakar komunikasi yang dijemput sebagai tetamu istimewa dam rancangan menasihatkan pelakon tersebut supaya berterus terang dengan senior berkenaan secara sopan. Katanya lagi, difahamkan lumrah ada orang tak suka ditegur dengan pendekatan yang salah.
“Sekiranya anda berasa terganggu dengan perbuatan senior tersebut, adalah lebih baik anda cakap direct dengan senior tersebut secara sopan.”