Home Artis Korea Lee Suji Bakal Berkahwin, Umum Melalui Instagram

Lee Suji Bakal Berkahwin, Umum Melalui Instagram

0

Lee Suji yang merupakan bekas anggota kumpulan UNI.T bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Khabar tersebut diumumkan oleh bintang idola tersebut melalui akaun Instagram miliknya pada Selasa, 5 September 2023.

Perkahwinan Suji akan diadakan dalam waktu dekat ini, secara tepatnya pada bulan Oktober. Dalam perkongsiannya, selebriti yang dilahirkan pada tahun 1998 itu menjelaskan bahawa hubungannya dengan calon suami penuh dengan cinta.

1. Akan mendirikan rumah tangga pada bulan Oktober

dd84731c 50c2 4ba0 8f8e 92bdd7720b94Lee Suji mendedahkan bahawa dia akan berkahwin pada bulan Oktober 2023. Pengumuman perkahwinannya itu dikongsi oleh Lee Suji melalui akun Instagramnya, @1998_suji_ya.

Bagi Lee Suji, 2023 adalah tahun yang istimewa dan juga mengejutkan kerana dia telah melalui banyak detik indah dalam hidupnya. Salah satu detik terbaik dalam hidupnya adalah keputusannya untuk berkahwin pada tahun ini dengan jejaka yang mencintainya.

“Selama ini ada lebih banyak detik indah yang saya lalui jika hendak dibandingkan perkara lain yang perlu aku tinggalkan,” ungkap Suji melalui sepucuk surat di Instagramnya.

“Saya telah bertemu seseorang yang mencintai saya tanpa apa-apa syarat, dan saya akan berkahwin pada Oktober tahun ini,” lanjutnya.

 

2. Bahagia dengan bakal suami

Lee SujiLee Suji juga menceritakan betapa bahagianya dia selama menjalin hubungan dengan calon suaminya. Beka anggota kumpulan The Ark itu menyatakan bahawa dia akan berkahwin dengan jejaka yang mirip dengan ayahnya. Dia juga menambah lagi bahawa jejaka tersebut sangat ramah, terperinci, dan berhati baik.

“Sejak saya muda lagi, saya ingin bertemu seseorang yang sama seperti ayah ayah. Bakal suami saya adalah seseorang yang ramah, terperinci, dan hatinya sangat baik, sama seperti ayah saya,” tulis Suji.

Selain itu, Suji juga mendedahkan kehidupan penuh cintanya bersama kekasih hati. Terlalu bahagia dengan hidup penuh cintanya, Suji merasakan seolah-olah hidup dalam filem rom-com!

“Untuk seseorang yang tidak pandai mengekspresikan diri, dia mengajar saya cara untuk mengungkapkan rasa cinta dan menunjukkan kehidupan cinta yang setia dan merendah diri terlebih dahulu. Dia mengajar saya bagaimana merasa penuh bahagia dengan perkara-perkara kecil. Dan bagi seseorang yang menyukai filem seperti saya, dia menjadikan setiap hari dalam hidup saya seperti filem komedi romantik,” tambahnya.

 

 

3. Tidak sabar membina sebuah keluarga

d775d4d6 58bf 418d bf1c 9de2f44cdd65Sudah yakin dengan bakal suaminya, Lee Suji juga tidak sabar untuk membina keluarganya sendiri pada masa depan.

“Saya tidak sabar menunggu kehidupan sebagai sebahagian dari sebuah keluarga pada masa depan. Lebih dari segalanya, saya sangat bahagia mengetahui bahawa kekuatan cinta lebih besar dari apa pun,” katanya lagi.

 

4. Lee Suji ungkapkan rasa terima kasih atas sokongan para peminat

f574a5c0 a5ba 48f5 bf47 5e79ff5dd19dLee Suji juga mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang telah menyokongnya. Walaupun berita perkahwinannya ini sangat mengejutkan, Lee Suji menulis perasannya dengan sangat tulus kerana dia tahu bahawa para peminatnya akan selalu mencintai setiap bahagian dari dirinya.

“Jadi walaupun saya berkongsi berita mengejut ini dan mengejutkan ramai orang dengan berita mendadak ini, saya menuliskan perasaan saya dengan bahagia, kerana saya tahu bahawa para peminat adalah orang-orang yang mencintai setiap bahagian dari diri saya lebih dari siapa pun, sepertinya mereka sentiasa bersama saya,” tulisnya.

“Terima kasih karena selalu menyokong dan memberi semangat untuk setiap detik dalam hidup saya sebagai seorang Lee Suji, bukan hanya penyanyi atau pelakon Lee Suji,” lanjutnya.

Selamat berbahagia Lee Suji!

Baca lagi: Choi Yu Hwa, 9 Kdrama yang dibintangi wartawan licik ini dalam The Killing Vote
Baca juga: Dispatch Terlibat Membongkarkan Skandal Buli 4 Artis Korea Ini