Home Entertainment Lee Yi Kyung Ditawarkan Kdrama Terbaru Berdasarkan Siri Webtoon

Lee Yi Kyung Ditawarkan Kdrama Terbaru Berdasarkan Siri Webtoon

0

Pelakon Lee Yi Kyung, yang popular dengan drama  Welcome to Waikiki 1 & 2 dan filemnya komedi 6/45: Lotto Lottery telah ditawarkan menerajui bintang utama untuk drama yang diadaptasi berdasarkan webtoon dengan tajuk sama, “Marry My Husband” dari karya Seong So Jak.

8DBA4F17 33FE 438E BBA7 D82D9410B864

Pada 2 Februari yang lalu, saluran berita Korea Star News secara eksklusif melaporkan bahawa pelakon Lee Yi Kyung telah menerima tawaran berlakon dalam drama baharu berdasarkan webtoon, Marry My Husband yang bakal menyajikan penonton dengan pelbagai kisah duka tentang Kang Ji Won, termasuk cinta, perkahwinan, pengkhianatan dan pembalasan dendam, semua ini akan dicurahkan dalam setiap episod.

Menurut agensi pelakon itu, Sanyoung Entertainment, pelakon itu telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama akan datang. Bagaimanapun, pelakon itu kini sedang mempertimbangkannya.

96D07AB3 4F23 43A0 93A0 7927962E2D7B scaled

Jika Lee Yi Kyung memutuskan untuk membintangi drama akan datang, Marry My Husband, ia akan menjadi drama bersiri keduanya tahun ini selepas It’s You, Out of the Blue.

“It’s You, Out of the Blue”, adalah drama siri komedi romantik di mana pelakon itu berlakon bersama Jung Yong Hwa CNBLUE (Sell Your Haunted House), Hong Seung Hee (Move to Heaven), Han Chae Ah (The Bridal Mask), dan Park Yoo Na (True Beauty).

Baca Lagi: 11 Kdrama Terbaik Song Hye Kyo & Han So Hee


SINOPSIS MARRY MY HUSBAND

Drama yang diadaptasi dari webtoon popular ini mengisahkan tentang Kang Ji Won (Park Min Young) seorang isteri yang sedang sakit tenat kerana penyakit kanser harus berhadapan dengan konflik rumahtangganya apabila suaminya Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) telah berlaku curang dan bermain kayu tiga dibelakangnya bersama sahabat baiknya sendiri, Jung Soo Min.

78877764 1301 4095 879D A66ECFA13582

Si suami, demi mempertahankan hubungan skandalnya dan mengetahui bahawa dia bakal mewarisi harta kekayaan dari hasil insurans nyawa isterinya, sanggup membunuh isterinya. Akhirnya Kang Ji Won mati ditangan suaminya sendiri.

Namun satu kejadian aneh dan keajaiban berlaku setelah Kang Ji Won dibunuh, tiba-tiba dirinya kembali ke dunia masa lalu iaitu 10 tahun yang lepas pada tahun dia bakal berkahwin dengan Park Min Hwan.

Kerana ingatan serta memorinya masih ada tentang apa yang bakal berlaku di masa hadapannya kelak, Kang Ji Won bertekad untuk melancarkan misi membalas dendamnya terhadap suaminya itu. Dia mengubah penampilannya dan menjadi seorang wanita muda yang berani, cantik dan berkeyakinan tinggi.

9AB00063 D7F1 4AF1 B309 267DA03FDD8D

Untuk misi membalas dendamnya, Kang Ji Won tidak bersendirian, dia telah menjalinkan hubungan dengan ketua jabatan yang bekerja di syarikat yang sama dengannya, Yoo Ji Hyeok (Na In Woo) yang mana kemudian turut membantu Kang Ji Won dalam usaha membalas dendamnya.

CD9278CB 3AA9 4BBE B431 2D0ED9666189 scaled

Apakah pendapat anda? Adakah Lee Ji Kyung yang dah biasa membawa watak komedi dan kurang serius sesuai dengan peranan itu? Suami yang dayus, kejam dan mengkhianati isteri yang sudah tidak berdaya?

2985D92C A8D1 45D3 8A90 7DF7B2F75E11

Drama sebanyak 16 episod ini akan memulakan penggambaran pada separuh kedua 2023, dan stesen penyiaran masih belum memutuskan tarikh sebenarnya.

Kedengaran sangat menarik kan!! Pasti ramai peminat Lee Yi Kyung tidak sabar ingin tahu jika Lee Yi Kyung setuju untuk menerima tawaran untuk berlakon dalam drama ini! Pihak Daebaking akan mengemaskini semula jika mendapat khabar berita terkini tentang drama ini!

Baca Juga: Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Joo Won

Sementara itu, tonton treler webtoon Marry My Husband di sini: