Kemunculan pelakon Lee Yoo-mi dalam dua siri fenomena Netflix iaitu Squid Game dan All Of Us Are Dead sememangnya meninggalkan impak besar terhadap kariernya.
Kehadiran Yoo-mi dalam industri Korea Selatan mula disedari ramai dan rata-rata netizen melabelkan dirinya sebagai seorang pelakon yang berkebolehan memegang apa sahaja jenis watak.
Bagaimanapun, Yoo-mi sebenarnya pernah bergelut dalam perasaan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan raut wajah sendiri.
Dalam satu temu bual pada 2019, aktres itu mengakui pernah berhasrat melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.
Ketika itu, dia sering memikirkan apa yang patut dilakukan dengan bentuk hidungnya.
Hasrat untuk melakukan pembedahan kecantikan bagaimanapun terpadam selepas menyedari dia seharusnya lebih menyayangi diri sendiri.
Baca Lagi: Lee Yoo Mi Menerima Berbakul- Bakul Sumpah Seranah Daripada Penonton
“Sekarang saya suka wajah sendiri lebih banyak berbanding orang lain. Wajah saya menawan, kan?” katanya yang mula menerima diri sendiri selepas mendengar lagu BTS, Love Yourself.
Sumber: Kosmo