Nama aktres Lee Yoo-mi terus mekar mewangi apabila siri keduanya bersama Netflix turut mengecapi kejayaan mengagumkan.
Selepas Squid Game, All of Us Are Dead mendapat pula perhatian penonton seluruh dunia hingga menduduki tangga pertama ranking global Netflix kini.
Biarpun membawakan watak sedih dan kekurangan kasih sayang dalam Squid Game, Yoo-mi melakukan transformasi 360 darjah menampilkan karakter antagonis yang menyakitkan hati menerusi watak Na-yeon dalam siri terbaharu berkenaan.
Meskipun wataknya sekadar tempelan jika dibandingkan dengan pelakon lain, namun dia mampu menarik perhatian ramai selain menerima berbakul sumpah seranah daripada penonton dek penyampaian yang realistik sebagai seorang yang hanya mementingkan diri.
Artikel berkaitan: Dua Drama Netflix Mendapat Perhatian Penonton, Pengikut Instagram Lee Yoo Mi Naik 175 Kali Ganda Hanya Dalam Masa 5 Bulan
“Geramnya dengan Na-yeon ini. Dia betul-betul buat penonton sakit hati.
“Dia memang pandai berlakon.
“Setiap kali melihatnya, saya merasakan seperti mahu terkena serangan jantung dan darah tinggi kerana terlalu geram,” komen netizen.
Dalam perkembangan lain, tidak lama lagi pelakon berusia 28 tahun itu bakal muncul sebagai heroin drama genre sukan berjudul, Mental Coach Je Galgil.
Sumber: kosmo