Home New Post Lelaki Beli Tali Jam Tangan Di Pasar Malam, Sekali Tersedar Rupanya Emas...

Lelaki Beli Tali Jam Tangan Di Pasar Malam, Sekali Tersedar Rupanya Emas 999

0

Banyak perkara yang berlaku kadang kala tidak disangka-sangka dan memberikan keuntungan buat diri kita. Namun situasi ‘durian runtuh’ ini tidak semua orang pernah melalui.

Baru-baru ini tular sebuah cerita di mana seorang pemuda yang terkejut apabila mengetahui tali jam yang dibeli di pasar karat sebenarnya adalah emas 999. Difahamkan lelaki tersebut telah membeli seutas tali jam tangan di pasar malam dan tidak menyangka tali  jam tangan yang dibelinya terkandung emas yang beratnya lebih 28.6 gram (g).

Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki itu mendakwa, emas yang terdapat pada tali jam itu adalah tulen selepas menjalani beberapa ujian.

“Rezeki terpijak beli tali jam dekat pasar karat test (uji) dekat rumah rupanya emas 999.

“Mula-mula timbang 41.44 gram lepas buang besi pendakap dapat 28.6 gram. Lepas test acid (ujian asid) 24.91gram emas 999 balance 3.7gram, Alhamdullilah, ” tulisnya di laman Facebook.

Pada hantaran sama, lelaki berkenaan turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan tali jam.

beli1

Malah dia turut menunjukkan ujian ketulenan emas yang telah dilakukan bagi membuktikan emas itu tulen.

Menurut Kosmo, lelaki itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi pasar karat tersebut dan tarikh dia membeli tali jam itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna teruja dengan rezeki yang diperolehi lelaki tersebut dan masing-masing ingin mencuba nasib sama di pasar karat.

“Macam menang ‘jackpot’ kalau dapat emas macam ni, lepas ini bolehlah rajin-rajin turun pasar karat, mana tahu dapat rezeki terpijak juga, “kata Amir Kasdi.

Bagaimanapun ada juga pengguna turut menyoalkan kesasihan emas yang terdapat pada tali jam itu seperti komen dari pengguna yang dikenali sebagai Mohd Sani Soid.

“Mana ada emas 999 org buat tali jam, tapi kalau betul, memamg ‘rare’ la,” tulisnya.

Baca juga : 6 Kesan Buruk Jika Anda Beli Kereta Sambung Bayar, Nombor 1 Paling Ramai Orang Buat

Baca juga : Beli Keropok Di Tepi Jalan, Kata-Kata Pakcik Ini Buat Ramai Yang Sebak

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Facebook