Christian Albert Gaza atau nama glamornya Xian Gaza, seorang personaliti media sosial dari Filipina menempah kontroversi dengan beli papan iklan untuk ajak Jennie Blackpink keluar makan malam.
Dia beli dua papan tanda itu dengan harga RM 123,000. Papan tanda bertulisan bahasa Inggeris dan Korea yang terpampang gambarnya itu terpacak di Seoul, tidak jauh dari ofis agensi pengurusan Blackpink, YG Entertainment.
“Kim Jennie Ruby Jane, awak adalah crush utama saya. Sudikah keluar makan malam dengan saya dan jadikan saya lelaki terbahagia di dunia?”
Dalam post Facebook, Xian yang mengaku diri sendiri jutawan itu tak tahu lagi macam mana nak contact Jennie, lapor The Star.
Ini bukan gimik pertamanya kerana sebelum ini dia pernah buat papan iklan di Manila untuk ajak pelakon wanita Filipina minum kopi tapi kena reject.
Malah sebelum letak papan iklan ajak Jennie date itu pun, dia pernah memuat naik beberapa keping foto dia melepak dengan artis K-pop yang ketara sangat editnya.
Tindakan itu mengundang kemarahan Blinks, lantas para peminat Blackpink itu menghubungi YG Entertainment untuk melindungi Jennie daripada lelaki yang dikenal pasti sebagai raja scammer berusia 28 tahun itu.
Pihak kerajaan dan portal bisnes Filipina warning orang awam bahawa pelaburan mata wang digital kelolaan Xian itu kemungkinan skim Ponzi.
Sumber: [1]