Memang tidak masuk akal sebaik mendengar harga sebenar motosikal ini menyamai harga sebuah kereta Honda City baharu atau sebuah flat kos rendah.
Namun itulah realiti apabila seorang juruterea dari Flat Sri Melaka, Cheras, Kuala Lumpur menjual motosikal Yamaha 125zr Go! dengan harga RM85,000 kepada seorang peminat model berkenaan. Yamaha 125zr Go! edisi pelumba MotoGP, Vealentino Rossi yang dikeluarkan khas pada tahun 2003 itu dijual tunai kepada lelaki dikenali sebagai Chuong, sebelum tular di media sosial.
Mohamad Azehar Mat Siam, berkata beliau terkejut apabila ada peminat Yamaha 125zr yang sanggup membayar harga tinggi untuk memiliki koleksi motosikalnya.
Rupanya pembeli ini datang dari Vietnam
Menurut Azehar lagi, Chuong bukan orang Malaysia sebaliknya berasal dari Vietnam dan memang peminat tegar model berkenaan.
“Saya senagaja meletakkan harga RM85,000 supaya Chuong tidak membelinya, namun tidak sangka dia terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000”
Dia datang ke rumah untuk melihat motosikal itu dan terus bersetuju membelinya, serta membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000. Malah, Chuong turut membeli beberapa alat ganti motosikal Yamaha 125zr Go! original yang saya simpan seperti tayar dan ‘cover set’ keluaran khas model itu dengan harga RM5,000″ katanya ketika dihubungi Harian Metro
Azehar membeli motosikal tersebut pada tahun 2003 kerana terlalu meminati pelumba motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu.
Semua alat gantu keluaran Yamaha 125zr Go! edisi Valentino Rossi juga beliau simpan sebagai koleksi peribadi. Motosikal itu dibeli harga RM6,617,76 dan beliau tidak pernah menunggangnya, malah tidak didaftarkan.
Beliau juga berasa sayang menggunakan motosikal itu, dan motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah sahaja. Justeru, tidak hairanlah peminatnya sanggup membeli dengan harga yang tidak masuk akal.
“Saya minat motosikal dan gemar membeli serta mengumpulnya sejak daripada zaman sekolah”
“Sekarang saya mempunyai sembilan motosikal iaitu dua motosikal Yamaha RX-Z, tiga Yamaha 125zr, tiga Honda EX5 dan sebuah Honda C70” katanya
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA