Home News Lelaki Ini Kongsi Apa Akan Jadi Jika Anda ‘On’ Aircond Dan Kipas...

Lelaki Ini Kongsi Apa Akan Jadi Jika Anda ‘On’ Aircond Dan Kipas Dalam Satu Ruangan

0

Dah pasang aircond, kipas tetap on. Ini dah jadi amalan kita. Cepat sikit rasa sejuk, tetapi sebenarnya tindakan ini tidak disarankan.

Demikian penjelasan seorang juruteknik Muhammad Noramin Mat, tindakan ini bukan hanya membazir tapi juga menyebabkan kos penyelenggaran pengingin hawa bertambah.

Boleh baca penjelasan beliau dibawah:

Baca lagi: 6 Tips Halau Nyamuk Yang Berkeliaran Di Dalam Rumah Anda

Baca lagi: Keluar Melulu Di Simpang, Rakaman Dua Pemandu Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Screenshot 2023 08 24 082226
Lihat juga video dibawah:

On Aircond dan On Kipas

Semalam aku ada bagitau pasal On Air Cond + On Kipas Biasa. Kalau korang nak tahu, bila korang on je kedua-dua benda ni dalam masa yang sama, suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepas tu nanti filter aircond korang pun cepat tersumbat.

Screenshot 2023 08 24 082240

Jadi benda macam ni, korang kena kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana lah nak rasa ‘sensasi’ dingin aircong tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin. Kalau macam tu rugi saja pasang aircond kat rumah kalau tak rasa sejuk.

Kat bawah ni adalah contoh gambar yang aku lukis, boleh tengok sendiri macam mana kitaran angin tu.

Situasi normal bila On Air Cond & Off Kipas Biasa, kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.

Screenshot 2023 08 24 082254(Gambar A)

Gambar di bawah ni pula bila On kedua-dua Air Cond & Kipas, menyebabkan aircond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur, dan ia boleh menjadi penyebab bil elektrik korang tinggi.

P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’ tu dah kira lain,

Screenshot 2023 08 24 082310
(Gambar B)

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang